awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rempuhan Mina: Keluarga tahu lebih awal kematian jemaah Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2015
23:53 MYT
Rempuhan Mina: Keluarga tahu lebih awal kematian jemaah Malaysia
Keluarga ipar Zulkifly Samad melihat gambar allahyarham di rumah mereka di Lorong Keramat, Langgar hari ini. - Foto Bernama
Keluarga ipar Zulkifly Samad mendapat tahu lebih awal kematian allahyarham berikutan insiden rempuhan di Mina yang mengorbankan lebih 700 jemaah haji, 24 Sept lepas lalu.
Abang ipar Allahyarham, Muhammad Shuhaimi Abd Hamid, 48, berkata maklumat tersebut diketahui daripada nenek saudaranya yang menetap di Makkah, selepas dimaklumkan jirannya yang bekerja sebagai pemandu ambulans.
"Jiran kepada nenek saudara saya berkata dia telah membawa jenazah seorang rakyat Malaysia bernama Zul ke rumah mayat Muassiem, Mina berdasarkan tag nama dan gelang tertera Tabung Haji (TH).
"Pada hari yang sama juga adik perempuan saya, Suriahanim, 40, (isteri allahyarham) memaklumkan suaminya hilang selepas insiden itu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Lorong Keramat, Langgar, Isnin.
Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu terpaksa dirahsiakan daripada anggota keluarga termasuk anak-anak mangsa kerana perkara itu belum sahih dan perlu menunggu kenyataan rasmi yang dikeluarkan TH.
Muhammad Shuhaimi berkata pengesahan oleh TH mengenai kematian Allahyarham Zulkifly menerusi TH diperoleh kira-kira 7.30 pagi Isnin selepas proses pengecaman mayat dibuat oleh isterinya.
Katanya, sebelum berlepas ke tanah suci pada 21 Ogos lepas, allahyarham Zulkifly dan Suriahanim turut memintanya menjaga anak lelaki bongsu mereka berusia dua tahun, Hasan Zakiy, sepanjang tempoh mereka menunaikan ibadah haji.
Katanya, allahyarham yang bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat di Cyberjaya turut meminta isterinya mengambil gambarnya dengan berpakaian ihram sehari sebelum kejadian.
Lebih 700 jemaah haji dari pelbagai negara dilaporkan terkorban dalam kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Makkah
#shuhaimi abd hamid
#waris mina
#Zulkifly Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan