DREBAR
Renault Talisman Estate. Sangat tampan, sangat praktikal

Dari segi ruang, Talisman Estate ini direka untuk memberi keselesaan terbaik untuk semua penumpang. Ruang kepala dan kaki bertambah dengan banyak (antara 262mm sehingga 1,512mm). Selain itu, terdapat sehingga 25 liter ruang untuk barangan-barangan kecil.
Kelengkapan-kelengkapan lain termasuk kerusi yang boleh dipanaskan, tahap bising yang dikurangkan (melalui penggunaan cermin lebih tebal), kerusi dengan fungsi urut, dan juga ‘tailgate’ belakang yang dibuka/ditutup dengan bantuan elektrik. Pengguna hanya perlu melalukan kaki di bawah bampar belakang untuk membuka ‘tailgate’ tersebut.
Ruang kargo utama menawarkan 572 liter tempat penyimpanan, namun ini bertambah ke 1,700 liter apabila kerusi belakang dilipat.
Walaupun begitu, Renault ini masih lagi mementingkan kualiti pemanduan yang memuaskan dengan bantuan sistem 4Control yang bergabung dengan penyerap hentak aktif. Selain itu, terdapat juga teknologi Multi-Sense yang memberi empat mod pemanduan untuk dipilih – Comfort, Sport, Neutral dan Eco. Sebuah mod tambahan Perso pula boleh diubah oleh pemandu sendiri.
Teknologi tambahan yang ada adalah R-Link 2 yang menjadi antaramuka bagi segala ciri elektronik kereta dan juga sistem sokongan seperti navigasi GPS, sistem audio dan juga pendingin hawa. Maklumat yang releven ditunjukkan di atas tablet multimedia berukuran 7 inci (lanskap) atau 8.7 inci (portrait).
Untuk enjin, pembeli boleh memilih antara unit petrol ataupun diesel. Bagi petrol, ia terdiri daripada enjin Energy TCe 200 ataupun Energy TCe 150 yang dilengkapkan dengan kotak gear klac berkembar EDC 7-kelajuan.
Enjin diesel pula datang dalam tiga spesifikasi iaitu dCi110, dCi 130 ataupun dCi 160 turbo berkembar. Kesemua pilihan enjin-enjin dan transmisiyang disebut tadi adalah yang sama bagi varian sedan.
Renault Talisman Estate ini akan membuat penampilan pertama ketika pameran kereta Frankfurt dalam beberapa minggu sebelum mula dijual di Eropah bermula separuh pertama 2016.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami