KUALA LUMPUR: Persediaan rapi untuk penganjuran sesuatu Bazar Ramadan biasanya akan mengambil masa dua hingga tiga bulan sahaja, tetapi tidak bagi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lepas, segala perancangan yang diatur rapi menjelang Ramadan pada ketika itu, terpaksa ditunda hampir setahun lamanya.
Kini, Ketua Pegawai Eksekutif WTCKL Mohd Yusri Junos bukan sahaja boleh menarik nafas lega, malah begitu ceria ketika menunjukkan kepada Astro AWANI, lebih 200 jenis aneka hidangan pada majlis pengenalan bufet ‘Semarak Rasa Ramadan’ di Ruang Legar Putra baru-baru ini.
Jelasnya, Semarak Rasa Ramadan bakal bermula 15 April ini, dan berlangsung hingga akhir bulan Ramadan iaitu 10 Mei, 2021.
“Apabila seluruh negara dikenakan PKP, segala aktiviti yang patut ada tidak boleh dijalankan, dan kita terpaksa tangguh perancangan itu dulu.
"Dan sekarang ini, ada kebenaran untuk kita membuat majlis kecil seperti ini, jadi kita mulakan balik. Kita ingat balik rancangan kita tahun 2020, kita akan mula pada tahun 2021.
“Hidangan makanan akan ada keistimewaannya yang tersendiri. Menu kita ada 200, tetapi cara masakan kita akan berubah dari semasa ke semasa,” katanya lagi.
Istimewanya Ramadan kali ini, Mohd Yusri berkata, WTCKL akan berkolaborasi bersama chef selebriti terkenal tanah air, Chef Anis Nabilah.
Anis bukan sahaja pernah memenangi kategori Chel Selebriti Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2013, malah merupakan antara 80 cef selebriti paling berpengaruh dalam kempen ‘Restoran Australia’ anjuran Tourism Australia.
Antara resepi terkenal Anis, jelas Mohd Yusri lagi, termasuk Murtabak Lasagne, Morroccan Styled Braised Lamb, dan Rendang Rusuk Lembu, yang bakal menjadi tarikan utama Semarak Rasa Ramadan tahun ini.
Tidak ketinggalan hebatnya, hidangan masakan ala kampung yang bakal disediakan pasukan chef WTCKL, diketuai Eksekutif Chef Suzaini Mohamed Salih sendiri.
“Antara menu yang bakal memikat selera pengunjung ialah Ikan Kerisi Goreng Sambal Hijau, Kambing Rendang Minang, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Tempoyak Daun Kesum, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Kicap Pedas dengan So Hoon.
“Selain itu, Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas dan Kambing Goreng Berempah turut dihidangkan,” katanya lagi.
Tidak ketinggalan, juadah pemanis mulut seperti aneka kuih-muih, tiga jenis kurma istimewa, mousse & puding, serta warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan Air Tebu, Air Mata Kucing, Air Cincau, Air Barli, Kopi dan Teh Tarik turut dibuka.
Dalam pada itu, Mohd Yusri turut mengambil kesempatan untuk meyakinkan para pengunjung mengenai langkah-langkah yang diambil pihak pengurusan tentang penjagaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
“Merujuk pada SOP, walaupun sebelum ni tiada sebarang acara atau majlis, pasukan WTCKL memang bekerja tiap hari untuk menjalankan sanitasi, sebab kita ada dewan, kawasan makan, dan sebagainya.
“Ruang kita selalunya mempunyai tempat duduk lebih kurang 1,000 hingga 1,200. Tetapi untuk Bazar Ramadan kali ini kita akan hadkan maksima dalam 400 orang.
"Sebab, kita nak menjaga jarak fizikal dan juga SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya lagi.
Selain itu, Mohd Yusri berkata, pihak pengurusan juga terus komited menjadikan WTCKL sebagai pusat vaksinasi pada fasa ketiga program imunisasi yang bakal diadakan nanti.
Setakat ini, menurutnya, kerajaan menunjukkan respons positif terhadap permohonan itu.
Bagi mereka yang berminat untuk menghadiri Semarak Rasa Ramadan, Mohd Yusri berkata, boleh mendapatkan baucer pembelian ‘Early Bird’ sebelum 15 April, pada hanya RM70.
Selepas 15 April, katanya lagi, bufet Ramadan boleh didapati dengan harga serendah RM80 untuk dewasa, dan RM45 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, dan warga emas (umur 60 tahun ke atas).
“Pengunjung juga boleh mendapatkan baucer serta pelbagai tawaran menarik melalui aplikasi Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada, atau secara terus dari Riverside Café and Restaurant,” katanya lagi.
WTCKL juga tutur menyediakan pakej korporat bermula RM120 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas, dengan kemudahan seperti hidangan bufet, dewan khas, sistem audio, penyediaan ruang solat khas, serta kadar parkir tetap RM5 bermula 6 petang.
Untuk sebarang tempahan, atau pembelian baucer Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL, pengnjung boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2, Restoran Riverside antara jam 9 pagi ke 5 petang, atau terus hubungi talian 03-2614 6701/6702, atau melalui Whatsapp di +6019-267 8960.
Firdaus Azil
Fri Mar 26 2021

Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL bakal bermula 15 April ini, hingga ke akhir bulan Ramadan dengan harga serendah RM70.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Disember 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.

Rendang Rusuk Lembu air tangan Chef Anis Nabilah antara tarikan Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL
Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL bakal bermula 15 April ini, hingga ke akhir bulan Ramadan dengan harga serendah RM70