PUTRAJAYA: Semua pengusaha pengangkutan awam darat, udara dan sektor maritim diminta memastikan penumpang mereka lengkap vaksinasi sebagaimana yang dikehendaki di bawah prosedur operasi standard (SOP) bagi perjalanan rentas negeri, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
"Semua pengusaha perlu memastikan setiap penumpang atau pengguna pengangkutan awam menunjukkan sijil vaksinasi masing-masing bagi membuktikan bahawa mereka sudah lengkap vaksinasi," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan penarikan sekatan perjalanan rentas negeri seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, pengusaha terbabit diingatkan supaya mengelak bersikap puas hati dan perlu sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Negara (NRP).
"SOP lain yang perlu dipatuhi ialah memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan atau menggunakan pensanitasi tangan juga harus dipatuhi tanpa kompromi," katanya.
Wee berkata pengguna pengangkutan awam turut digalak menjalani ujian saringan COVID-19 kendiri sebelum melakukan perjalanan rentas negeri bagi melindungi diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling mereka.
Perdana Menteri dalam sidang media khas semalam mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021
Wee berkata pengguna pengangkutan awam turut digalak menjalani ujian saringan COVID-19 kendiri sebelum melakukan perjalanan rentas negeri bagi melindungi diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.