SINGAPURA:Singapura akan terus memantau situasi pandemik COVID-19 di Malaysia, ketika negara jirannya itu merekodkan peningkatan jumlah jangkitan harian wabak berkenaan sejak beberapa hari lepas.
Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19 di republik itu, Lawrence Wong berkata pemantauan tidak hanya berdasarkan kes-kes yang dilaporkan di Malaysia.
"Kami juga melakukan pemantauan terhadap pelancong yang datang dari Malaysia ke Singapura," kata Wong yang juga Menteri Pendidikan pada sidang media Pasukan Petugas secara maya di sini, pada Selasa.
Terdahulu Pasukan Petugas itu ditanya pada tahap manakah Singapura akan menimbang semula kemasukan pelawat dari Malaysia ke Singapura.
Wong berkata langkah berjaga-jaga telah diambil untuk pelawat, termasuk melakukan ujian saringan ke atas mereka ketika berada di republik itu.
"Oleh itu berdasarkan ujian itu, kami akan mempunyai data sebenar mengenai kadar kelaziman pelancong Malaysia ketika mereka berada di Singapura.
"Berdasarkan pengalaman ini, kami akan mengambil langkah mengikut kesesuaian," kata Wong, sambil menambah bahawa kes-kes daripada pelawat itu akan mencerminkan jumlah kes import di Singapura.
"Rentas sempadan adalah bersyarat. Pelawat boleh masuk tetapi ada notis SHN (Notis Duduk Di Rumah) serta ujian, untuk memastikan mereka selamat sebelum mereka dapat masuk ke dalam komuniti," kata Wong.
Singapura telah memendekkan tempoh SHN daripada 14 hari kepada kepada tujuh hari bagi pelawat dari enam negara dan wilayah berisiko rendah COVID-19, termasuk Malaysia mulai 1 Sept 2020.
Pelawat dari negara dan wilayah terbabit dibenarkan untuk menjalani SHN selama tujuh hari di kediaman mereka.
Bagaimanapun, Singapura mewajibkan semua pelawat dengan sejarah perjalanan ke Sabah baru-baru ini, untuk menjalani SHN selama 14 hari di kemudahan SHN yang ditetapkan bermula 14 Okt.
"Ini berikutan peningkatan kes di Sabah baru-baru ini," menurut Pasukan Petugas, menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 12 Okt lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 20 2020
WONG: Pelawat rentas sempadan boleh masuk tetapi ada notis SHN serta ujian, untuk memastikan mereka selamat sebelum mereka dapat masuk ke dalam komuniti. - Foto Facebook
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.