awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran berkonsep fast food tidak dibenarkan gaji pekerja asing

Harris Hardy Hakim
Harris Hardy Hakim
07/01/2014
10:20 MYT
Restoran berkonsep fast food tidak dibenarkan gaji pekerja asing
Semua restoran berkonsep fast food (makanan segera) tidak dibenarkan menggaji pekerja asing.
Pengusaha restoran berkenaan disaran memberi keutamaan kepada warga tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam bidang tersebut.
Arahan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin, PATI ke 11 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sekreteriat jawatankuasa dalam satu kenyataan menjelaskan, kerajaan memandang serius isu ini kerana terdapat ramai warga tempatan yang berminat untuk bekerja di restoran makanan segera.
"Peluang sepatutnya diberikan kepada warga tempatan terutamanya pelajar lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi untuk mendapat pendedahan dan sumber pendapatan dalam bidang industri pemakanan," kata kenyataan tersebut.
Sementara itu bagi mengisi kekosongan dalam sektor perladangan sawit di Sarawak, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pekerja Bangladesh dibawa masuk ke negeri berkenaan.
Ia bagaimanapun perlu mematuhi kaedah kawalan kemasukan, tapisan keselamatan dan saringan kesihatan berdasarkan mekanisme yang dipersetujui antara Malaysia- Bangladesh.
Akhir sekali, majikan yang mendakwa ditipu agen atau orang tengah semasa Program 6P diminta hadir membuat permohonan di Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Kementerian Dalam Negeri.
Majikan diminta berbuat demikian sebelum berakhirnya Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) pada 20 Januari 2014.
Topic Berkaitan
#fast food
#pati
#Tan Sri Muhayiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan