awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran caj air suam RM2!

Sinar Harian
Sinar Harian
24/01/2023
22:15 MYT
Restoran caj air suam RM2!
Resit yang dikongsi seorang pelanggan menunjukkan caj RM2 untuk air suam. -Foto pelanggan di Facebook
PORT DICKSON: Air suam RM2 dan air kosong RM1! Itu caj yang didakwa dikenakan oleh sebuah restoran di sini, yang disifatkan netizen tidak masuk akal.
Resit berkenaan dikongsi seorang pelanggan pada hantaran Facebooknya pada Selasa dan telah dikongsi seramai 208 pengguna setakat jam 7 petang Selasa sehingga menjadi tular.
Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM102.
Dia turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika pergi makan di kedai berkenaan yang terletak di Port Dickson.
"Kalau siapa yang ke PD, hati-hatilah ada satu kedai makan di...kedai nombor... janganlah berniaga cekik darah.
"Makan berempat, nasi campur je...nak cepat kaya agaknya. Rupanya bila saya semak dalam web...ramai yang dah terkena," tulisnya.
Pemilik akaun menggunakan nama N'sa Saliza di ruangan komen berkata, jika di tempat lain, pemilik restoran hanya sedekah air kosong kepada pelanggan.
Tulis Sharifah Fazilah Syed Agil Al Qadri pula, "air kosong tu boleh saja charge kerana nak guna gas dan air. Semua tu guna duit, tapi tidaklah sampai RM1".
Panda Panda Doremon menulis, "Air kosong sampai RM1...air ruqyah barangkali" dan Jasmin Mynn pula," Gila-gila mahal air kosong pun RM1".
Selain itu pemilik akaun menggunakan nama Zulkarnaen Zakaria menulis, "Air suam sama harga nasi".
Pada ruangan komen ada netizen memberitahu restoran terbabit terkenal dengan harga mahal dan pernah dikenakan tindakan sebelum ini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Air Suam
#restoran cekik darah
#Port Dickson
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan