awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rewcastle-Brown bukan ditahan, kata ICA Singapura

Bernama
Bernama
18/09/2018
03:31 MYT
Rewcastle-Brown bukan ditahan, kata ICA Singapura
Rewcastle-Brown dilaporkan mungkin membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Tinggi Britain di Singapura. - Gambar fail
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjelaskan Clare Rewcastle-Brown, telah 'ditemu bual sebentar' di pusat pemeriksaan Woodlands pada 15 Sept 15 ketika beliau ingin pergi ke Malaysia, menurut laporan berita.
"Temu bual ringkas diadakan sebagai sebahagian daripada proses pelepasan imigresen. Rekod kami menunjukkan beliau berlepas dari Singapura 16 minit kemudian," ICA dipetik sebagai berkata oleh The Straits Times.
ICA dilaporkan sebagai berkata editor 'Sarawak Report', sebuah laman sesawang pemberi maklumat ' itu memasuki Singapura pada Jumaat.
Sarawak Report memuatkan dalam halaman Facebook bertarikh 15 Sept bahawa Rewcastle-Brown 'ditahan sebentar' di Singapura selepas pelancaran buku beliau di sini.
"Rupa-rupanya 'seseorang' telah menyenaraihitamkan beliau pada 2016, bagaimanapun pihak berkuasa Singapura bingung tentang sebab nama beliau disenarai hitam. Selepas memberi penjelasan pembabitannya dalam skandal 1MDB, mereka berjabat tangan dan beliau dibenarkan pergi," menurut catatan itu.
Sementara itu, TODAY melaporkan wartawan penyiasat warga Britain mungkin membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Tinggi Britain di Singapura.
"Ini atas nasihat pihak berkuasa di Singapura," Rewcastle Brown dipetik sebagai berkata.
Beliau berada di sini pada Jumaat untuk pelancaran 'The Sarawak Report', buku nukilannya yang mendedahkan bagaimana beliau membongkar skandal dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Britain
#Clare Rewcastle-Brown
#Facebook
#ICA
#Imigresen
#Malaysia
#pelancaran buku
#Sarawak Report
#Singapura
#Suruhanjaya Tinggi
#Tahan
#temu bual
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan