awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RFP teksi air di Pulau Pinang dibatal, syarikat gagal patuhi surat niat

Bernama
Bernama
19/05/2025
10:45 MYT
RFP teksi air di Pulau Pinang dibatal, syarikat gagal patuhi surat niat
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata Lembaga Perolehan MBPP mengeluarkan surat pembatalan kepada syarikat yang terlibat pada 17 April lepas. - Gambar fail/Wikipedia
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersetuju untuk membatalkan Permohonan Cadangan (RFP) teksi air berikutan pihak syarikat gagal mematuhi Surat Niat untuk mendapatkan semua kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT).
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata Lembaga Perolehan MBPP mengeluarkan surat pembatalan kepada syarikat yang terlibat pada 17 April lepas.
"Pada masa ini, kerajaan negeri sedang berbincang dengan MOT untuk mengkaji terma dan kebolehlaksanaan projek ini dengan lebih terperinci.
"Sekiranya RFP dibuka semula pada masa hadapan, kerajaan negeri berharap syarikat yang berminat akan benar-benar bersedia dan mempunyai kapasiti untuk memenuhi semua keperluan yang ditetapkan," katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Teh Lai Heng (PH-Komtar) mengenai status terkini perkhidmatan teksi air pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.
Zairil berkata dua syarikat mengemukakan cadangan melalui RFP dan diadakan beberapa siri pembentangan kepada Jawatankuasa Penilaian Teknikal RFP sebelum pihak MBPP mengeluarkan satu Surat Niat kepada syarikat yang berjaya.
Beliau bagaimanapun berkata kelulusan lanjut daripada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Laut Malaysia, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Maritim dan lain-lain agensi berkaitan perlu diperoleh terlebih dahulu oleh syarikat berkenaan sebelum surat setuju terima dikeluarkan.
Pada 2021, MBPP dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi-agensi lain berkaitan menjalankan kajian awal dan mengenal pasti lokasi-lokasi jeti yang bersesuaian untuk dijadikan tempat mengambil dan menurunkan penumpang dengan empat lokasi dicadangkan bagi perkhidmatan teksi air berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RFP teksi air
#pulau pinang
#Kementerian Pengangkutan
#gagal patuhi surat niat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan