Ejen perisikan Korea Utara atau lebih dikenali sebagai Reconnaissance General Bureau (RGB) dipercayai telah lama bertapak di rantau ini.
Ketua Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Penyelidikan Keganasan Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Prof Dr Rohan Gunaratna percaya fungsi utama mereka bagi memastikan kestabilan Korea Utara serta mematahkan sebarang ancaman kepada rejim itu.
Ini termasuklah pembunuhan Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un.
"Operasi ejen perisikan Korea Utara ini amat aktif di Timur Laut Asia dan Asia Tenggara. Tujuan kehadiran mereka adalah bagi menyokong kepimpinan Korea Utara."
"Fungsi utamanya adalah untuk memastikan kestabilan rejim Korea Utara sedia ada dan untuk meneutralkan sebarang ancaman kepada Korea Utara termasuklah pembunuhan seorang pemimpin berpotensi Korea Utara di Malaysia baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun, ujar Dr Rohan, kehadiran RGB ini dilihat mampu mengancam kestabilan serantau.
"Korea Utara akan terus mengekalkan kehadiran ejen perisikannya dalam rantau ini bagi mencapai objektif mereka. Namun selagi mereka beroperasi di rantau ini, mereka akan menjadi ancaman kepada negara-negara yang khususnya didiami oleh pembelot Korea Utara," katanya.
Selain itu, kehadiran RBG di rantau juga adalah bagi menyalurkan dana kepada Korea Utara.
Untuk membiayai rangkaiannya, RBG dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah dan penjualan senjata api.
"Sebelum ini, misi diplomatik dan perdagangan Korea Utara sememangnya sangat aktif. Ada kumpulan pengganas juga yang mendekati kedutaan Korea Utara untuk membeli senjata api dan bahan letupan."
"Umpamanya, dalam kes pemberontak Tamil Tigers di Sri Lanka, 90 peratus daripada senjata api yang dibeli mereka telah diperoleh daripada Korea Utara menerusi kedutaan di Thailand," kata Dr Rohan.
RGB yang beroperasi secara rahsia melapor terus kepada pemimpin tertingginya, Jong-un dan dilaporkan pernah terlibat dengan pelbagai kes penculikan dan pembunuhan sejak berdekad lama.
Ini termasuk cubaan pembunuhan bekas Presiden Korea Selatan, Park Chung-hee pada 1986.
Selain itu, cubaan membunuh bekas Presiden Korea Selatan, Chun Doo-hwan pada 1983 yang menyaksikan 21 orang terbunuh.
RGB juga dilaporkan bertanggungjawab ke atas nahas penerbangan Korean Air 858 yang mengorbankan 115 orang.
Pada 2010, RGB juga cuba membunuh pemimpin tinggi Korea Utara, Hwang Jang-Yeop yang telah membelot rejim berkenaan.
Tan Su Lin
Fri Feb 17 2017
Ejen perisikan Korea Utara atau lebih dikenali sebagai Reconnaissance General Bureau (RGB) dipercayai telah lama bertapak di rantau ini. -Gambar hiasan
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
RGB ada syarikat peralatan tentera di Malaysia
Agensi Perisikan Korea Utara (RGB) mengendalikan syarikat peralatan ketenteraan di negara ini yang digelar Glocom.
RGB: Ejen perisikan Korea Utara telah lama bertapak di Asia
Untuk membiayai rangkaiannya, RBG dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah dan penjualan senjata api.