KUALA LUMPUR: Masyarakat India di seluruh negara meluahkan rasa tidak puas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan untuk sambutan Hari Thaipusam kali ini.
Kekecewaan itu bukan hanya dirasakan masyarakat kaum itu, bahkan, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sendiri secara peribadi mengakui kecewa dengan ketetapan itu.
Kata Saravanan, rasa tidak gembira itu tambah berganda selepas beliau diasak dengan pelbagai soalan berhubung SOP Thaipusam daripada ribuan masyarakat penganut agama Hindu yang meraikan hari kebesaran mereka itu pada Selasa.
Menurut Saravanan, antara soalan yang berulang kali sampai ke telinganya ialah mengapa perarakan tidak dibenarkan sedangkan pasar malam dan kompleks beli-belah dibenarkan beroperasi dengan menerima kehadiran ramai pengunjung.
Beliau juga mengakui berada dalam keadaan yang sukar kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan kepadanya.
“Kalau mereka (kerajaan) benar-benar risau dengan Omicron, tutuplah semua 'shopping complex'. Ini boleh pula pasar malam buka, 'shopping complex' buka… hanya perayaan saja tidak boleh.
"Walaupun saya bersama Menteri Perpaduan telah bangkitkan isu untuk meminta beribu orang berarak (tetapi) cuma 100 orang dibenarkan. (Jarak) 11 kilometer dari Kuala Lumpur sampai Batu Caves, takkan 100 orang saja (dibenarkan berarak)?
"Ini adalah perasaan masyarakat India. Ini bukan perkara baharu. Bila kita sampaikan perasaan masyarakat India, orang atasan kenalah dengar dan beri sedikit ruang," kata Saravanan memanjangkan rasa kurang senang masyarakat India berhubung SOP Hari Thaipusam.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves di sini, yang turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohd Sadique.
Dalam pada itu, Saravanan berkata, beliau faham SOP ditetapkan adalah untuk mengekang COVID-19 dan semua orang perlu mengambil bahagian, namun, tidak seharusnya ada kekeliruan dalam setiap keputusan.
"Tapi pendekatan kita perlu baik, jangan ada ‘flip-flop’… ini boleh, itu tak boleh. Tahun lepas mana ada masyarakat India minta 'kavadi', tak minta pun. Tahun lepas kami ikut saja.
"Ini yang menjadi masalah wakil masyarakat dan saya percaya ini adalah kali terakhir. Bila ada permintaan daripada kami (wakil rakyat)… bukan kami minta tapi rakyat minta,” luah beliau lagi.
Ekoran SOP yang sangat ketat juga, Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC menegaskan, masyarakat India tidak akan teragak-agak akan ‘menghukum’ kerajaan pada pilihan raya akan datang.
Saravanan tidak menafikan, kekecewaan masyarakar India sangat tinggi pada tindak-tanduk kerajaan hari ini.
"Apabila kita tak dapat sokongan rakyat, kita kalah juga. Ini yang jadi kepada kerajaan Barisan Nasional sebelum ini," ujarnya lagi.
Sementara itu, Halimah berkata, semua permohonan daripada kuil di seluruh negara berhubung perayaan Thaipusam sudah dibawa ke mesyuarat yang turut disertai Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Begitupun, keputusan akhir terletak kepada mesyuarat tersebut dan beliau sebagai Menteri Perpaduan Negara hanya mengumumkan SOP yang telah diputuskan.
"Bila saya umumkan, ada yang kata keputusan itu datang daripada Datuk Seri M Saravanan dan Halimah Sadique. Kami berdua tidak membuat keputusan.
"Kami angkat permohonan-permohonan daripada kuil kepada mesyuarat dan yang buat keputusan adalah mesyuarat.
"Saya harap masyarakat India akan menerima usaha dilakukan pihak Saravanan dalam mesyuarat itu dan menerima keputusan walaupun dengan hati yang berat," kata Halimah dalam sidang media sama.
Ridauddin Daud
Tue Jan 18 2022

Saravanan memahami bahawa SOP ditetapkan adalah untuk mengekang COVID-19 dan semua orang perlu mengambil bahagian, namun, tidak seharusnya ada kekeliruan dalam setiap keputusan. - Gambar BERNAMA

MDEC buka permohonan Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR
MDEC buka permohonan untuk Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR edisi 2022 | Dagang News
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967781/thumbnails/30824897611653009649103_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Fasa Peralihan ke Endemik: Lebih ramai ikuti aktiviti keagamaan di rumah ibadat
Fasa Peralihan ke Endemik yang dimasuki negara Jumaat lepas menyaksikan lebih ramai penganut agama bukan Islam memenuhi rumah ibadat masing-masing bagi mengikuti aktiviti keagamaan.

Kelonggaran sambutan Thaipusam legakan penganut agama Hindu - Presiden MIC
Penganut agama Hindu perlu berterima kasih kerana dapat meraikan sambutan hari Thaipusam secara fizikal tahun ini.

"Ribuan masyarakat India marahkan saya, tidak puas hati SOP Thaipusam" - Saravanan
Penganut agama Hindu persoal kenapa pasar malam dan kompleks beli-belah dibenar beroperasi tetapi perarakan Thaipusam dihadkan?

Thaipusam disambut sederhana
Keadaan dari pagi dilihat sangat terkawal dan pengunjung dilihat mematuhi semua peraturan dan SOP ditetapkan.

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar hari yang bermakna kepada semua penganut Hindu itu diraikan dengan penuh keceriaan.

Thaipusam disambut pada skala kecil bagi tahun kedua berturut-turut akibat COVID-19
Satu-satunya acara yang masih boleh disaksikan adalah pembawa 'paal koodam' berpakaian kuning yang membawa belanga berisi susu.

Hayati, hargai persefahaman masyarakat majmuk sempena Thaipusam - Halimah
Beliau berharap semoga sambutan perayaan itu akan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ismail Sabri ucap selamat menyambut Thaipusam buat penganut Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.

Thaipusam: Penganut Hindu mula tunai nazar, sambutan tidak semeriah dulu
Setiap kali menjelang Thaipusam, Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves menjadi tumpuan, bukan sahaja dalam kalangan penganut Hindu yang menunaikan nazar malah pelancong antarabangsa.

4 dikompaun langgar SOP Thaipusam di Perak, polis gesa tingkat pematuhan
Empat kompaun dikeluarkan atas kesalahan berkenaan, membabitkan kegagalan memakai pelitup muka dan membawa kanak-kanak ketika upacara perarakan.