awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut di Terengganu: Kerajaan negeri akan bantu mangsa terjejas

Bernama
Bernama
07/07/2021
00:46 MYT
Ribut di Terengganu: Kerajaan negeri akan bantu mangsa terjejas
Ribut kuat menyebabkan berlaku kerosakan rumah penduduk di beberapa kawasan perumahan, antaranya di Kuala Berang, Hulu Terengganu; Tok Kah di Dungun dan rumah pangsa di Chendering, Kuala Terengganu. --fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa yang terjejas, akibat ribut yang berlaku di beberapa daerah di Terengganu lewat petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat berkata, buat masa ini semua ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), telah diarah membuat pemantauan awal di lokasi kejadian.
"Saya difahamkan ribut kuat menyebabkan berlaku kerosakan rumah penduduk di beberapa kawasan perumahan, antaranya di Kuala Berang, Hulu Terengganu; Tok Kah di Dungun dan rumah pangsa di Chendering, Kuala Terengganu.
"Jumlah sebenar keluarga yang terlibat juga masih dalam proses kemas kini. JPKK akan memaklumkan jenis kerosakan dan anggaran kerugian awal yang dialami setiap keluarga, secepat mungkin.
"Bantuan awal juga akan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut keperluan mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
BACA: Lebih 50 rumah dipukul ribut di Padang Setengge
Ribut kuat yang melanda Terengganu juga, menyebabkan berlakunya kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi dan atap rumah penduduk diterbangkan, namun sehingga kini tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Hanafiah berkata, kerja baik pulih rumah penduduk yang rosak juga akan dimulakan hari ini, dengan penyelarasan kerja dilakukan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta JPKK di kawasan yang terlibat.
"Siasatan terperinci mengenai jumlah kerosakan akan dilakukan JKM, dan dibincangkan dalam mesyuarat khas yang turut dihadiri ADUN kawasan terlibat, untuk memuktamadkan jenis bantuan yang bakal diberi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#terengganu
#Hanafiah Mat
#bantuan
#jkm
#JPKK
#Pokok tumbang
#atap terbang
#bumbung tercabut
#ADUN
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Kuala Terengganu
#kerosakan
#kerugian
#kerja baik pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan