awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut landa kampus UUM Sintok

Bernama
Bernama
29/03/2023
12:53 MYT
Ribut landa kampus UUM Sintok
Kejadian itu juga tular di media sosial menerusi beberapa keping gambar yang menunjukkan kenderaan dan infrastruktur di dalam UUM mengalami kerosakan. - Gambar Facebook Wira WieAre
ALOR SETAR: Ribut serta hujan lebat melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang ini, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan infrastruktur universiti itu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian, 5 petang tadi.
"Kira-kira pukul 4.45 petang, hujan lebat serta angin kencang telah melanda Mukim Temin dan mengakibatkan pokok tumbang. Pokok-pokok berkenaan telah menimpa beberapa kenderaan milik pelajar dan kakitangan, garaj kenderaan serta telah menghalang laluan di dalam kawasan universiti berkenaan.
"Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang menerima laporan daripada orang awam telah bergegas ke lokasi dan pada masa ini, kerja-kerja membersihkan pokok tumbang dan kawasan yang terjejas sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kejadian itu juga tular di media sosial menerusi beberapa keping gambar yang menunjukkan kenderaan dan infrastruktur di dalam UUM mengalami kerosakan. Bagaimanapun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tentang fasa peralihan monsun daripada Monsun Timur Laut memasuki Monsun Barat Daya, yang melanda negeri di barat Semenanjung termasuk Kedah bermula 23 Mac hingga pertengahan Mei ini.
Fasa peralihan monsun itu diramal menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan puting beliung pada sebelah petang di seluruh negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#media sosial
#MetMalaysia
#UUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan