KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan situasi cuaca bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku ketika ribut petir.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, orang ramai perlu memastikan mereka mencari kawasan perlindungan dan mengelak berada di kawasan terbuka serta lokasi berisiko disambar petir.
"Berkenaan dengan ribut petir ini, pastikan kita berselindunglah, dalam kes semalam (kes gondola dipukul ribut), maknanya saya pasti mereka kurang cakna dengan situasi cuaca.
"Jadi kita kena lebih cakna, berhati-hati. Apabila ada awan tebal dan bunyi guruh, cari perlindungan. Duduk dalam bangunan dan jangan duduk di kawasan terbuka sebab nanti mudah disambar petir. Elakkan berada di pokok-pokok atau bangunan tidak kukuh," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati semasa melakukan aktiviti di laut dan ketika menggunakan bot pelancong sempena cuti sekolah minggu hadapan.
"Luruan angin timuran yang sedang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur pada ketika ini, keadaan ini boleh menyebabkan ombak yang tinggi dan berbahaya kepada bot-bot, termasuk bot pelancong dan sebagainya.
"Kita jangkakan berlarutan sehingga awal minggu hadapan. Dalam musim nak cuti sekolah ini, kita harap lebih berhati-hati kepada ibu bapa dan orang ramai dalam menggunakan kemudahan bot ke pantai timur ini," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di beberapa kawasan di empat negeri di Semenanjung susulan luruan angin timuran dari barat pasifik yang dijangka berterusan sehingga 2 Mac ini.
Selain itu, angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor serta Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal berterusan sehingga 28 Februari ini.
Rahimah Abdullah
Wed Feb 23 2022

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan situasi cuaca bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku ketika ribut petir. - Gambar fail

Exco Terengganu, dua anak bergraduasi MBA bersama
Exco Terengganu, Datuk Razali Idris telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bersama dua anaknya.

Pemilihan PKR 2025 asas penting hadapi PRU16 - Rafizi
Pemilihan PKR 2025 adalah asas penting ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Rafizi.
AWANI Ringkas: Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar ke Rusia esok, penuhi jemputan Presiden Putin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.
Trump akan tandatangani perintah eksekutif kurangkan harga ubat sehingga 80 peratus
Presiden AS Donald Trump mengumumkan perintah eksekutif untuk mengurangkan harga ubat preskripsi sehingga 80%, menyifatkannya sebagai antara perintah eksekutif paling penting dalam sejarah negara.
Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Pope Leo XIV menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan melahirkan rasa dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing, dalam ucapan pertamanya selepas dilantik sebagai Paus.
Cuaca panas melampau uji ketahanan jemaah di tanah suci
Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, membahayakan kesihatan jemaah haji. Langkah keselamatan disarankan untuk mengatasi cabaran ini.
Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak
Kereta api berkelajuan tinggi Whoosh mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari, mencerminkan peranannya sebagai pilihan mobiliti yang pantas dan moden.

Pemandu pacuan empat roda rempuh motosikal bukan pemilik kenderaan
Polis masih menjalankan proses sambung reman ke atas suspek dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
MBPP minta orang ramai jangan beri makan burung
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan kompaun terhadap lima individu bulan lalu kerana memberi makanan kepada burung merpati di tempat awam.

Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri hari ini
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia beri amaran risiko garis badai musim Monsun Barat Daya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang ramai supaya berada di tempat selamat sekiranya fenomena garis badai (squall line) berlaku di kawasan mereka.

Gempa bumi sederhana landa Sulawesi
Gempa dengan kedalaman 79km itu berlaku kira-kira 103km tenggara dari Gorontalo, Indonesia.

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Amaran cuaca buruk di 10 negeri - MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kuat dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu pautan rasmi Facebooknya.

Amaran ribut petir sehingga 6 pagi ini - MetMalaysia
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 12 tengah hari ini.

Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga 7 malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga 7 malam ini.

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa tujuh negeri sehingga 9 malam ini
Kawasan terlibat adalah seluruh Perlis, manakala di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri sehingga 4 petang ini - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri sehingga 4 petang ini.