KUALA TERENGGANU: Beberapa kampung dan kawasan perumahan di daerah ini dan Kuala Nerus terjejas dalam kejadian ribut yang bermula kira-kira 6.35 petang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd Rosman Abdullah berkata berdasarkan laporan terkumpul sehingga 10 malam tadi, laporan diterima pihaknya melibatkan Kampung Pulau Musang, Taman Sapura Indah, Taman Semarak, Kampung Balai Maras, Kampung Duyong, Kampung Padang Hiliran dan Batu Buruk, di sini.
"Di daerah Kuala Nerus laporan yang diterima melibatkan antaranya di Kampung Sungai Ikan, Lorong Atap Zink, Pantai Putri Tok Jembal, Taman Sri Batin, Kampung Tok Jembal, Kampung Telaga Batin dan Gong Kuin Tok Jembal.
"Sejurus menerima laporan tersebut, pihak APM di daerah terlibat telah menghantar anggota masing-masing untuk kerja pembersihan jalan (pokok tumbang halang laluan) agar laluan boleh digunakan kembali," katanya kepada Bernama.
Menurutnya semua kerja pembersihan siap sepenuhnya malam semalam dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan oleh penduduk terjejas setakat ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu pihaknya telah melawat beberapa kawasan yang terjejas akibat ribut petang semalam dan akan melihat apakah jenis bantuan segera yang boleh disalurkan bagi membantu mangsa terlibat.
"Ada banyak rumah terlibat kebanyakannya tercabut atap, atap pecah... Di kawasan perumahan Telaga Daing saya dimaklumkan dan sudah melawat ada lebih kurang 30 rumah terlibat, mungkin akan ada tambah (jumlah terlibat) sebab dari semasa ke semasa ada laporan.
"Buat masa ini saya tidak pasti (jumlah) spesifik, tapi rasanya lebih 100 rumah terlibat termasuk di kawasan-kawasan lain yang belum saya lawat. Kejadian seumpama ini jarang berlaku kalau ada pun masa musim tengkujuh, patutnya masa sekarang ni musim panas...iklim sekarang dah tak menentu," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan ribut di Seberang Takir di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja mengalihkan dan membersihkan pokok-pokok yang tumbang dalam kejadian hujan lebat dan ribut ketika tinjauan di sekitar Pantai Teluk Ketapang. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung
Seorang warga emas nyaris dihempap siling rumah yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai dekat daerah Kemaman, petang semalam.
244 rumah rosak akibat ribut di Kemaman
Sebanyak 244 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai di daerah Kemaman.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Taufan Krathon: Taiwan batal semua penerbangan domestik pada Rabu
Dengan bahagian luar Taufan Krathon bergerak ke arah utara-timur laut melintasi selatan-barat daya Taiwan, semua penerbangan domestik pada Rabu dibatalkan.
'Tropical Depression' dijangka bertambah kuat, ancam Taiwan - CWA
Memandangkan keadaan persekitaran yang kondusif untuk perkembangannya, TD22 diramal mencapai sekurang-kurangnya tahap taufan.