Susulan isu penceramah, Dr Ridhuan Tee Abdullah yang tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak untuk mengadakan ceramah di Masjid Daerah Kecil Sematan sempena Program Jom Bersantai Sematan 2014-15.
Menurut laporan Borneo Post Online, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) negeri Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman berkata, halangan untuk Ridhuan memasuki negeri itu dibuat adalah kerana beliau membawa politik ekstrem.
Menurutnya, kehadiran pensyarah Universiti Pertahanan itu juga akan mengundang rasa takut dalam kalangan masyarakat bukan Islam selain dibimbangi merosakkan perpaduan masyarakat.
“Adalah lebih baik untuk kita (kerajaan negeri) tidak membenarkannya (Ridhuan Tee) masuk ke negeri ini.
“Ini kerana beliau membawa politik Semenanjung Malaysia yang ekstrem dan boleh menggugat perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Jumaat.
Menurut Daud lagi, secara keseluruhannya perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak amat kukuh.
“Pada masa sama, kita juga tidak mahu umat Islam di negeri ini terpengaruh dengan ideologi yang dibawanya,” ujarnya.
Kerajaan Sarawak, katanya, amat adil dalam perkara ini.
“Kita tidak kira mana-mana individu sama ada Islam atau bukan Islam. Jika menggugat perpaduan maka akan dihalang masuk ke negeri ini,” jelasnya.
Ini kerana, jelas Daud, kebanyakan individu yang tidak dibenarkan memasuki negeri ini mempunyai pandangan berbeza dan terlalu ekstrem.
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak Hamfatullah Syawal Hamdan pula berkata, pihaknya menerima arahan daripada pihak berkuasa negeri agar tidak membenarkan Ridhuan Tee masuk ke negeri ini.
“Keputusan untuk tidak membenarkan beliau (Ridhuan Tee) masuk adalah daripada pihak berkuasa negeri Sarawak,” kata Hamfatullah.
Agensi
Fri Dec 26 2014
Menurut Daud, kehadiran pensyarah kanan Universiti Pertahanan itu (gambar) juga akan mengundang rasa takut dalam kalangan masyarakat bukan Islam.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Masing tuntut Borneo Post, Borneo Post Online mohon maaf
Masing berkata mereka mempunyai masa tujuh hari untuk memohon maaf dan jika gagal berbuat demikian, pihaknya tiada pilihan selain menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang seterusnya.
Ridhuan Tee bawa politik ekstrem - Menteri Muda Sarawak
Penceramah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak dibenarkan memasuki negeri ini untuk mengadakan ceramah di Masjid Daerah Kecil Sematan sempena Program Jom Bersantai Sematan 2014-15.