KUALA LUMPUR: Drama rantaian fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa mengungguli carta drama Malaysia bagi tahun 2021, apabila berada di kedudukan pertama berbanding drama saluran televisyen lain.
Statistik itu dikongsikan Kantar Media menerusi sistem pengukur penonton televisyen dinamik, DTAM pada Khamis.
Bagi penerbit dan pengkaryanya, Siti Rosmizah Semail, dia sudah menjangkakan drama yang sarat emosi dan air mata itu akan mendapat tempat di hati penonton.
Jangkaan itu, katanya, dapat dirasakan selepas dia memutuskan untuk mengolah jalan cerita adaptasi daripada novel paling larisnya.
"Kita ada buat penambahan lain daripada dalam novel, jadi kita memang sudah buat perancangan sebab kita tidak mahu ada 'spoiler'.
"Jadi apabila ia lain daripada dalam novel, jadi peminat-peminat yang telah membaca novel melihat ia lebih menarik tarikan.
"Itu antara yang menyebabkan drama ini melonjak naik dengan jayanya ditambah pula apabila pelakon-pelakon mengenali watak masing-masing dan memberi komitmen sepenuhnya untuk drama ini," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Kisah Nazril Nazim dan Kasih Maisara yang dilanjutkan sehingga 14 Jun depan bakal disulami dengan pelbagai kejutan.
"Kejutan demi kejutan akan berlaku yang mana kita nak tengok sekarang ini, Maisara dikatakan telah mati.
"Jadi kena tunggu dalam episod akhir, kita nak tengok betul ke Maisara tu sudah mati? Kalau ikut buku, betul Maisara hidup.
"Tapi mungkin kelainan yang kita tak tahu, mungkin itu khayalan sahaja oleh hero yang melihat isteri dia hidup, sedangkan dia sudah tidak ada lagi. Itu bukan jawapan dia.
"Namun, kelainan yang saya janjikan ialah satu jalan cerita yang lengkap yang mana saya yakin peminat- peminat akan puas hati dan akan merindui drama ini," katanya memberi bayangan.
Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan seorang gadis bernama Kasih Maisara yang sombong dan bongkak.
Namun pertemuan dengan Nazril Nazim membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
Niat pada mulanya hanya kerana dicabar, akan tetapi akhirnya bertukar menjadi cinta.
Saksikan drama hebat lakonan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Drama itu turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 03 2021

Kejutan demi kejutan berlaku, drama rantaian fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa mengungguli carta drama Malaysia bagi tahun 2021. - Foto Astro AWANI

Tiga maut banjir landa wilayah French Riviera
Hujan lebat telah menyebabkan kerosakan besar di seluruh kawasan, dengan jalan raya ditenggelami air.

EU ekan kaji semula perjanjian perdagangan dengan Israel - Kallas
Tekanan antarabangsa terhadap Israel semakin meningkat sejak kebelakangan ini selepas Netanyahu lancar serangan ketenteraan baharu di Gaza.

Tak boleh beri 'orang luar' masuk terus tanding, Presiden PKR digesa batal pelepasan khas - Rafizi
Kemasukan 'calon-calon luar' dilihat mencetuskan ketidakstabilan dalaman setiap kali pemilihan PKR berlangsung.

LIMA'25: Ahmad Zahid imbau kenangan naik pesawat tempur SU-30MKM
"Masih segar dalam ingatan, degup jantung sewaktu duduk di dalam kokpit pesawat yang digeruni dan dihormati ini."

PTU cipta sejarah, pamer kehandalan terbangkan ‘Toruk Makto’
Mohd Asghar Khan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi PTU pertama yang menerbangkan pesawat dalam pertunjukan udara LIMA.

Malaysia tangani penyakit paru-paru menerusi pendekatan inovatif termasuk AI - Dzulkefly
Negara juga sudah melancarkan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Malaysia 2025-2030 yang merangkumi elemen pencegahan, rawatan dan pemulihan.

UK gantung rundingan perdagangan bebas dengan Israel, kecam krisis Gaza sebagai “keji”
Setiausaha Luar, David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai "berbahaya, menjijikkan dan kejam."

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

'Rindu Awak Separuh Nyawa' Astro Gempak video paling 'trending' di YouTube
Ia selepas video berkenaan mendapat jumlah tontonan tinggi serta beberapa faktor lain yang diambil kira yang dimuatnaik sepanjang 2021.

Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir
Kejutan demi kejutan berlaku, drama rantaian fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa mengungguli carta drama Malaysia bagi tahun 2021.