awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka susut sedikit berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
06/05/2020
03:00 MYT
Ringgit dibuka susut sedikit berbanding dolar AS
Seorang peniaga berkata sentimen pasaran masih tidak menentu dan para pelabur masih menganggap dolar AS sebagai selamat.
Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini ketika permintaan beralih kepada mata wang negara maju itu susulan data ekonominya yang positif.
Pada 9.17 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 4.3060/3160 berbanding dolar AS daripada 4.3030/3100 sewaktu ditutup semalam.
Seorang peniaga berkata sentimen pasaran masih tidak menentu dan para pelabur masih menganggap dolar AS sebagai selamat.
"Oleh itu secara semula jadinya apabila AS mengumumkan data lebih baik daripada jangkaan awal bagi sektor perkhidmatan negara pada April, para pelabur bertumpu terhadap mata wang negara maju itu," katanya.
Beliau berkata sebarang prospek AS untuk membuka semula ekonominya akan terus menyokong mata wangnya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali yen yang menyaksikannya merosot kepada 4.0508/0614 daripada 4.0268/0337 sewaktu ditutup semalam.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0373/0454 daripada 3.0384/0440, naik berbanding pound Britain kepada 5.3524/3657 daripada 5.3542/3642 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6647/6772 daripada 4.6679/6772.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#dibuka rendah
#dolar AS
#matawang
#pelaburan
#ringgit
#sentimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan