KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama namun lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa dibuka hari ini dengan sentimen berhati-hati menjelang pengeluaran minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS minggu ini, kata pakar ekonomi.
Pada 9 pagi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun pasaran AS ditutup semalam berikutan cuti umum, sentimen pasaran dipercayai masih terjejas akibat Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS Jumaat lepas yang lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 0.9 peratus pada Januari berbanding anggaran konsensus 0.6 peratus.
IHPR yang lebih tinggi menandakan inflasi lebih tinggi yang boleh menyebabkan peningkatan kadar faedah.
Di dalam negara, Mohd Afzanizam berkata data mengenai eksport Malaysia yang dikeluarkan hari ini akan menjadi tumpuan dengan anggaran konsensus meramalkan penghantaran ke luar negara akan beralih kepada pertumbuhan 3.0 peratus pada Januari berbanding penyusutan 10 peratus pada bulan sebelumnya.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2023 yang lebih rendah daripada jangkaan semasa diumumkan Jumaat lepas menunjukkan ekonomi Malaysia mudah terkesan dengan pusingan permintaan luaran.
"Sehubungan itu, data eksport yang positif akan meningkatkan harapan terhadap prospek yang lebih baik kepada ekonomi Malaysia tahun ini," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Sementara itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjangkakan ringgit mengukuh berbanding dolar AS tahun ini susulan petunjuk daripada FOMC AS yang membayangkan bahawa kitaran kenaikan kadar faedahnya bakal berakhir tidak lama lagi.
Rizab Persekutuan telah menaikkannya kadar faedahnya sebanyak 11 kali sejak Mac 2022 kepada paras semasa 5.25-5.50 peratus ketika ini.
"Kenaikan kadar faedah AS kemungkinan telah mencapai tempoh penghujungnya, jadi kita menjangkakan tahun ini kita sepatutnya melihat kenaikan kadar faedah akan berakhir, dan sekiranya tidak ada sebarang peristiwa geopolitik yang besar, kita seharusnya melihat ringgit mengukuh sepanjang tahun," katanya," katanya dalam temu bual dengan Bernama pada Isnin.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama semasa dibuka hari ini.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1858/1900 daripada 3.1913/1942 semasa ditutup pada Isnin, naik berbanding pound Britain kepada 6.0254/0329 daripada 6.0358/0408 dan menokok berbanding euro kepada 5.1556/1621 daripada 5.1558/1601 sebelumnya.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2377/2590 berbanding 13.2806/2976 semasa ditutup pada Isnin, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5544/5591 daripada 3.5555/5587, namun rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 306.2/306.7 daripada 306.0/306.5 sebelum ini.
Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.53/8.55 daripada 8.53/8.54 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
![Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707175328_TBringgitmalaysia.jpg)
Pada 9 pagi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin. -Gambar fail/Bernama
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Jun 2024.
![Dua rakan lemas di Pantai Kuala Muda Dua rakan lemas di Pantai Kuala Muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718553155_TBlemas.jpg)
Dua rakan lemas di Pantai Kuala Muda
Dua lelaki dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Kuala Muda hari ini.
![Dua maut, 6 dimasukkan ke hospital dalam insiden tembakan di Texas Dua maut, 6 dimasukkan ke hospital dalam insiden tembakan di Texas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/61436426113_GUNSHOT.jpg)
Dua maut, 6 dimasukkan ke hospital dalam insiden tembakan di Texas
Dua orang maut dan sekurang-kurangnya enam lagi dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius dalam insiden tembakan semasa sambutan Junteenth di Texas.
10 Berita Pilihan - (16 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 17 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Polis Hamburg tembak lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak Polis Hamburg tembak lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718552446_TBHamburg.jpg)
Polis Hamburg tembak lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak
Polis melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak Belanda di Hamburg, Jerman, pada Ahad.
![Kerjasama China-Australia boleh merentasi Pasifik, atasi perbezaan - PM China Kerjasama China-Australia boleh merentasi Pasifik, atasi perbezaan - PM China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718500253_LiQiang.jpg)
Kerjasama China-Australia boleh merentasi Pasifik, atasi perbezaan - PM China
Li berkata pada Ahad bahawa selagi kedua-dua pihak saling menghargai, kerjasama antara China dan Australia boleh merentasi Lautan Pasifik, mengatasi perbezaan dan mencapai kejayaan bersama.
![Aliran trafik lancar di lebuh raya utama malam ini Aliran trafik lancar di lebuh raya utama malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682090671_Alirantrafik.jpg)
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan lancarmenjelang perayaan Aidiladha yang disambut esok.
![Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711552949_JSJKBukitAmanDat.jpg)
Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta
Polis menahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket yang terbabit dalam kes mengeluarkan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.
![Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Abdul Rahman Auf, sertai takbir Aidiladha Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Abdul Rahman Auf, sertai takbir Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718550699_TBSultanNazrin.jpg)
Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Abdul Rahman Auf, sertai takbir Aidiladha
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi di sini hari ini.
![Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
![Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
![Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
![Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
![Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713886268_duit.jpg)
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
![Ringgit meningkat berbanding dolar AS Ringgit meningkat berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
![Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
![Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710249071_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.