awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi, sejajar dengan pasaran mata wang asing yang lebih luas

Bernama
Bernama
20/11/2023
12:29 MYT
Ringgit ditutup tinggi, sejajar dengan pasaran mata wang asing yang lebih luas
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, sejajar dengan pasaran pertukaran mata wang asing yang lebih luas apabila pelabur mula mempertimbangkan kemungkinan sebenar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah atas sebab bukan kemelesetan, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6655/6705 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6825 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pelabur akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang akan dikeluarkan minggu ini,.
Beliau berkata tindakan itu bertujuan mengukur sejauh mana minat Fed terhadap 'pemotongan insurans' atau bank pusat itu lebih berminat untuk melonggarkan keadaan kewangan dengan hasil bon pada masa ini yang lebih rendah dan saham lebih tinggi.
"Mungkin tidak ada pemotongan insurans. Minggu Kesyukuran AS lazimnya minggu yang lembap untuk pasaran pertukaran wang asing, jadi saya menjangkakan pasaran lebih sesuai berada dalam keadaan tidak banyak berubah," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Ringgit susut berbanding euro kepada 5.0999/1053 daripada 5.0771/0814 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas serta lemah berbanding pound British kepada 5.8314/8377 daripada 5.8056/8105.
Unit domestik turun berbanding yen Jepun kepada 3.1456/1491 daripada 3.1267/1296.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.
Mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.0/302.5 daripada 301.9/302.3dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4817/4857 daripada 3.4769/4801.
Ringgit kukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2784/2987 daripada 13.3298/3481 namun, tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mata wang ASEAN
#unit domestik
#pertukaran wang asing
#hasil bon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan