KUALA LUMPUR: Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit wabak itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad.
Beliau bagaimanapun berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau perkembangan situasi virus itu melalui laporan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan melakukan pemantauan kes disyaki cacar monyet di Malaysia di semua pintu masuk antarabangsa.
Beliau juga menasihatkan pengembara ke kawasan yang terdapat kejadian cacar monyet di Afrika Tengah dan Afrika Barat serta negara yang sedang mengalami wabak penyakit itu agar mengambil langkah berwaspada.
"Mengekalkan kebersihan diri yang tinggi termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor. Mengelak sentuhan langsung dengan luka pada mereka yang dijangkiti sama ada manusia mahupun haiwan serta objek yang mungkin tercemar dengan cecair tubuh kes seperti pakaian kotor yang digunakan orang dijangkiti.
"Mengelakkan daripada bersentuhan dengan haiwan liar atau memakan dagingnya," kata Dr Noor Hisham.
Bagi pengembara yang tiba di negara ini dari kawasan terdapat jangkitan wabak cacar monyet dan mengalami gejala penyakit itu dalam tempoh tiga minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut, beliau menasihatkan supaya mereka segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
"Maklumkan kepada doktor mengenai sejarah perjalanan tersebut. Elakkan daripada kontak langsung dengan individu lain dan lakukan pengasingan diri selama sekurang-kurangnya 21 hari bagi memastikan ruam makulopapular kering sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata cacar monyet ini disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses dan virus ini ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti.
Katanya virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan sekresi pernafasan dan juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian.
"Tempoh inkubasi biasanya antara enam hingga 21 hari. Pesakit akan mengalami gejala selama dua hingga empat minggu," katanya.
Beliau juga berkata pada masa ini, Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan mempunyai kapasiti menjalankan ujian pengesanan virus penyebab cacar monyet dalam kalangan manusia.
"Makmal Kesihatan Awam Veterinar dan makmal Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) juga mempunyai kemampuan untuk menjalankan pengujian mengesan orthopoxviruses dalam kalangan haiwan.
"KKM sentiasa bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Perhilitan bagi memantau kejadian cacar monyet dalam kalangan haiwan liar termasuk yang diimport dari Afrika dan Benua Eropah," katanya.
Dalam pada itu, KKM menyeru orang ramai segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan penyakit itu supaya tindakan pengasingan dapat segera dilakukan serta pengesanan dan kuarantin kontak dilaksanakan bagi mengekang penularan cacar monyet.
"KKM akan memaklumkan situasi jangkitan cacar monyet dari semasa ke semasa," kata Dr Noor Hisham selain menambah KKM menyediakan soalan lazim mengenai jangkitan penyakit itu yang boleh dimuat turun menerusi Facebook CPRC Kebangsaan.
Dilaporkan sehingga semalam, lebih 100 kes dikesan dijangkiti cacar monyet membabitkan beberapa negara di Benua Eropah, Benua Amerika dan Australia dan kebanyakan kes jangkitan virus itu tidak melaporkan sejarah perjalanan ke negara yang diketahui endemik penyakit itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad. - Gambar fail/BERNAMA
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia rendah - Dr Noor Hisham
Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit wabak itu.