awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizalman nafi serangan seksual di New Zealand

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
21/11/2014
04:42 MYT
Rizalman nafi serangan seksual di New Zealand
Muhammad Rizalman dilihat berlari ke arah sebuah teksi yang menunggu di luar Mahkamah Daerah Wellington pada 28 Oktober, 2014. Beliau menafikan tuduhan serangan seksual terhadapnya dan memilih perbicaraan oleh juri. - Gambar AFP/Marty Melville
Seorang bekas atase Kementerian Pertahanan Malaysia di New Zealand yang dituduh dengan dakwaan serangan seksual, menafikan pertuduhan itu dan memilih perbicaraan yang mengunakan khidmat juri, apabila dia muncul di mahkamah di Wellington hari ini.
Muhammad Rizalman Ismail, 38, telah dihantar balik ke New Zealand pada bulan lepas selepas meninggalkan negara itu di bawah imuniti diplomatik apabila mula-mula didakwa pada bulan Mei.
Di dalam perbicaraannya yang terbaharu, dia menafikan pertuduhan merompak dan serangan dengan niat untuk melakukan serangan seksual, dan akan muncul semula di mahkamah pada Februari tahun hadapan.
Ekoran penampilan mahkamahnya sebelum ini, Muhammad Rizalman telah diikat jamin di alamat yang tidak didedahkan tetapi terpaksa menyerahkan pasportnya dan berada di bawah perintah berkurung pada waktu malam.
Dia telah dituduh mengekori dan cuba merogol seorang wanita berusia 21 tahun di rumah wanita itu di Wellington.
Muhammad Rizalman boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah.
Topic Berkaitan
#Muhammad Rizalman ISmail
#New Zealand
#serangan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan