SEJAK bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.
Kini jawapan mengenai rancangan dan tarikh perkahwinan pasangan selebriti tersebut diumumkan kepada peminat.
Salah seorang keluarga Mahalini memberitahu detikBali, penyanyi lagu Sial tersebut akan berkahwin dengan Rizky pada 5 Mei ini.
“Benar mereka akan kahwin 5 Mei ini di Bali,” katanya seperti dilaporkan Detik.com.
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Meski tarikh perkahwinan mereka telah didedahkan oleh ahli keluarga, baik Sule mahupun bapa Mahalini iaitu I Gede Suharja belum memberi kenyataan rasmi.
Sebelum ini hubungan cinta Rizky dan Mahalini menjadi buah mulut kerana perbezaan agama. Rizky merupakan seorang Muslim manakala Mahalini penganut Hindu. -Gempak
Gempak
Tue Apr 30 2024
Berita perkahwinan Rizky dan Mahalini menjadi bualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti foto buku nikah. -Gempak
Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.
AWANI Borneo [30/05/2024] - Ibu Kota Nusantara | Subsidi diesel | Pesta Kaamatan
AWANI Borneo Selasa, 30 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Ibu Kota Nusantara : KDN kaji buka sempadan baharu di Sabah & Sarawak.
SKDS 2.0 : Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak, pantau pelaksanaan di Semenanjung dahulu.
Pesta Kaamatan : Keunikan budaya Dusun Tatana.
Ibu Kota Nusantara : KDN kaji buka sempadan baharu di Sabah & Sarawak.
SKDS 2.0 : Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak, pantau pelaksanaan di Semenanjung dahulu.
Pesta Kaamatan : Keunikan budaya Dusun Tatana.
Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif
Sewa Singh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.
Keluarga tahanan mati dalam lokap dapat pampasan lebih RM300,000
Mahkamah Tinggi memberikan pampasan lebih RM300,000 kepada keluarga S.Balamurugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.
Pintu masuk baharu sempadan Kalimantan sedang dikaji
Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji pembukaan beberapa pintu sempadan baharu membabitkan kawasan yang telah dipersetujui dengan Kerajaan Republik Indonesia.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Bambarayon kerjasama Astro Fibre & ERA Sabah
ERA Sabah dengan kerjasama Astro Fibre mempersembahkan Bambarayon yang membawa maksud ‘Semangat Padi’, menampilkan Stacy Anam selaku pelantun utama dan Konco Pagi ERA, Addnan, Mijul dan Emma.
Keunikan budaya Dusun Tatana
Sub etnik dusun iaitu Dusun Tatana turut mempraktikkan budaya mengalai, moginum, serta meraikan Tahun Baru Cina atas faktor asimilasi budaya sejak ratusan tahun lalu.
Perkasa perpaduan, keharmonian berbilang kaum Sabah
Pesta Kaamatan pada tahun ini bukan sahaja berkisar tentang hasil tuaian padi, malah bertujuan untuk memperkasakan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.
Perayaan jadi asas semangat perpaduan, kerukunan rakyat Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua perayaan mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meskipun berlainan etnik, ras (kelompok) atau kaum
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Nikah secara Islam 8 Mei ini, Mahalini & Rizky Febian selamat jalani upacara Dharma Suaka adat Bali
Upacara yang dikenali sebagai Mepamit dan Dharma Suaka itu dilangsungkan mengikut adat dan kepercayaan Mahalini.
Mahalini dilapor bakal pindah agama, menikah secara Islam dengan Rizky Febian
Proses ini dipercayai sebagai petanda bahawa Mahalini yang pada asalnya beragama Hindu akan mengikuti agama calon suaminya iaitu Rizky Febian.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Hampir pasti! Mahalini sedia jumpa Siti Nurhaliza bincang buat lagu
Mahalini berkata, jika dia mahu menciptakan lagu untuk seseorang dia harus tahu apa yang dimahukan oleh penyanyi tersebut.
Mahu cipta lagu untuk Siti Nurhaliza... tapi Siti mahu atau tidak? - Mahalini
Rasa-rasa Datuk Seri Siti Nurhaliza nak tak nyanyikan lagu ciptaan Mahalini?