GEORGE TOWN: Kerajaan negeri melalui Penang Institute sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu hari ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kajian itu menilai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang, sentimen perniagaan dan mengenal pasti sama ada penubuhan zon akan meningkatkan kecekapan perniagaan, memacu suntikan modal sekali gus menghapuskan halangan kepada perdagangan.
"Pada masa ini, penyelidikan sedang dalam peringkat perundingan bersama pihak-pihak berkepentingan. Seterusnya, permohonan akan dimajukan kepada kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan Zon Kewangan Khas," katanya ketika menggulung ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di sini.
Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan zon kewangan khas di Forest City, Johor serta beberapa insentif merangkumi visa masuk berbilang, kemudahan untuk mereka yang bekerja dari Singapura dan kadar cukai pendapatan 15 peratus bagi pekerja mahir.
Ia disusuli dengan kenyataan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyarankan agar kerajaan mewujudkan zon sama di Pulau Pinang dengan tumpuan wilayah utara memandangkan peranan negeri itu sebagai hab pembuatan utama selain menyumbang cukai RM10 bilion.
Sementara itu, Chow memaklumkan Pulau Pinang ialah negeri kedua yang mencatatkan jumlah terkumpul baki pinjaman kerajaan Persekutuan belum selesai yang terendah selepas Selangor iaitu RM36.73 juta.
Justeru, beliau berkata tindakan kerajaan negeri melakukan pinjaman daripada kerajaan Persekutuan akan merencatkan misi Pulau Pinang untuk menjadi negeri bebas hutang kerajaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.
"Namun, Jabatan Kewangan Negeri dari semasa ke semasa akan menilai perkara ini dan akan mencadangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sekiranya terdapat keperluan berhubung cadangan peminjaman daripada kerajaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
![Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699441646_ChowKonYeow.jpg)
Menurut Chow, pada masa ini, penyelidikan sedang dalam peringkat perundingan bersama pihak-pihak berkepentingan. - Foto Bernama
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699441646_ChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.
![Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714568146_ChowKonYeowKetua.jpg)
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
![Pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula sebulan lagi - Exco Pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula sebulan lagi - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671012685_keretakabelBukit.jpg)
Pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula sebulan lagi - Exco
Kerja-kerja pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera di sini dijangka bermula pada penghujung Mei atau awal Jun ini.
![P. Pinang teruskan Pas Mutiara dengan peruntukan RM7.5 juta P. Pinang teruskan Pas Mutiara dengan peruntukan RM7.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703045001_TBPASMUTIARAjpg.jpg)
P. Pinang teruskan Pas Mutiara dengan peruntukan RM7.5 juta
Semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan bas Rapid Penang akan kekal percuma di seluruh negeri dengan penggunaan pas tersebut.
![Lantikan Exco Negeri Sembilan akan dibuat secepat mungkin - MB Lantikan Exco Negeri Sembilan akan dibuat secepat mungkin - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692008729_AminuddinHarunan.jpg)
Lantikan Exco Negeri Sembilan akan dibuat secepat mungkin - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan berusaha memuktamadkan senarai anggota Exco negeri dalam minggu ini juga.
![Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691928825_DatukSeriReezal.jpg)
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.
![Bandar pintar Bertam dijangka berpotensi kurangkan 69.7 peratus tenaga dan pelepasan karbon Bandar pintar Bertam dijangka berpotensi kurangkan 69.7 peratus tenaga dan pelepasan karbon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677448645_AhmadZakiyuddinAbd.jpg)
Bandar pintar Bertam dijangka berpotensi kurangkan 69.7 peratus tenaga dan pelepasan karbon
UKM dengan kerjasama Jinko Solar Technology Sdn Bhd mengorak langkah dalam membangunkan bandar pintar tenaga ini.
![Pusat COVID-19 risiko rendah: Pulau Pinang cadang tapak Pesta Pusat COVID-19 risiko rendah: Pulau Pinang cadang tapak Pesta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609753473_PENGEDARANMAKANAN.jpg)
Pusat COVID-19 risiko rendah: Pulau Pinang cadang tapak Pesta
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencadangkan tapak Pesta Pulau Pinang sebagai pusat risiko rendah COVID-19 yang baharu kerana pusat sedia ada di negeri itu kini hampir mencapai had maksimanya.
![Akta 342 terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak Akta 342 terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591610672_IsmailSabri.jpg)
Akta 342 terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak
Negeri-negeri lain tidak ada pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaannya.
![Kerajaan P. Pinang sambut baik cadangan bazar Ramadan nasi kandar Kerajaan P. Pinang sambut baik cadangan bazar Ramadan nasi kandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557182656_NasiKandar.jpg)
Kerajaan P. Pinang sambut baik cadangan bazar Ramadan nasi kandar
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik cadangan sebuah untuk mempelbagaikan Bazar Ramadan di Lebuh Queen dengan Bazar Ramadan Nasi Kandar.