awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif

Sinar Harian
Sinar Harian
30/05/2024
11:32 MYT
Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan. - Gambar hiasan
AMPANG: Seorang buruh binaan warganegara India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dalam lif dua minggu lalu.
Sewa Singh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.
Mengikut pertuduhan, Sewa didakwa menghina kesopanan dengan menunjukkan kemaluan kepada remaja terbabit di lif tingkat satu sebuah pangsapuri pada jam 12 tengah hari pada 16 Mei lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 serta syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis, menyerahkan pasport dan tidak ganggu saksi pendakwaan.
Bagaimanapun, peguam bela Sewa, Tarlochan Singh yang mewakili tertuduh, merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah.
Menurutnya, lelaki itu telah bekerja secara sah dan tinggal di Malaysia selama empat tahun.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Norshila membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#tunjuk kemaluan
#gangguan seksual
#hukuman mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan