awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1.8 bilion diperuntukkan, rangka Strategi Keselamatan Siber atasi jenayah siber- Saifuddin

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
04/11/2020
02:37 MYT
RM1.8 bilion diperuntukkan, rangka Strategi Keselamatan Siber atasi jenayah siber- Saifuddin
Saifuddin berkata inisiatif itu disediakan bagi memperkasa agensi yang mengendalikan keselamatan siber khususnya CSM dan NACSA. -Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Sebanyak RM1.8 bilion diperuntukkan bagi melaksana program Strategi Keselamatan Siber 2020-2024.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah, inisiatif itu disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperkasa agensi yang mengendalikan keselamatan siber, khususnya Cyber Security Malaysia (CSM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).
"Pendekatan yang dilaksanakan kerajaan untuk menangani isu jenayah siber atau Macau Scam ini mengambil pendekatan secara menyeluruh.
"Sehubungan itu, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengariskan sebuah strategi yang dipanggil Strategi Keselamatan Siber 2020-2024 dalam memperkasakan agensi seperti CSM dan NACSA," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) di Parlimen pada Rabu.
Dalam pada itu, Saifuddin (Bersatu - Indera Mahkota) berkata kerajaan turut mengesan lebih 1 juta nombor talian prabayar yang didaftarkan secara meragui sehingga Oktober lalu.
"Daripada jumlah itu, lebih 920,000 telah ditamatkan manakala lebih 400,000 juga telah dikemas kini dan mendapati ia sah digunakan tanpa meragukan," katanya.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Parlimen
#Majlis Keselamatan Negara
#Macau Scam
#Cyber Security Malaysia
#Agensi Keselamatan Siber Negara
#jenayah siber
#NACSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan