SHAH ALAM: Sebanyak RM10 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi Jelajah Jualan Ehsan Rakyat Selangor yang dilancarkan tengah malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Izham Hashim berkata jelajah yang merupakan kesinambungan daripada Program Intervensi Harga Makanan Ehsan itu akan berlangsung selama tiga bulan di kesemua sembilan daerah negeri itu bermula 6 Sept ini.
Izham berkata jelajah berkenaan antara usaha kerajaan mendepani masalah kenaikan harga barang khususnya barangan makanan keperluan asas yang dijual jauh lebih murah dari harga pasaran.
"Antara barangan utama yang akan dijual ialah ayam bulat 1.8 hingga 2 kilogram (kg), beras 5 kg dan telur ayam gred B 30 biji dijual dengan harga RM10 sahaja dengan kami mengehadkan pembelian dua unit untuk satu item.
"Sebanyak sembilan trak akan digunakan bagi menjelajah ke semua daerah di seluruh Selangor yang akan kami umum menerusi media sosial rasmi kami selepas ini," katanya selepas pelancaran program itu.
Terdahulu Jelajah Jualan Ehsan Rakyat Selangor dilancarkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri itu di Dataran Shah Alam, malam tadi.
Pada pelancaran jelajah itu, kesemua barangan iaitu ayam, telur gred B, ikan kembung, beras dan daging import dijual pada harga istimewa iaitu RM5 seunit kecuali minyak masak 5kg pada harga RM10 sebotol.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata projek penanaman jagung bijirin kerajaan negeri bertujuan mengurangkan kebergantungan bekalan makanan ayam import di Kuala Langat kini dalam proses pembersihan kawasan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022

Amirudin (dua, kanan) melakukan simbolik Pelancaran Jelajah Jualan Ehsan Rakyat pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan, malam tadi. -Bernama

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Belanjawan 2024: Selangor mohon dana rejuvenasi kawasan bandar lama
Selangor memohon peruntukan dana daripada kerajaan Persekutuan pada Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan pada 13 Okt ini, bagi membantu proses rejuvenasi kawasan dan bandar lama di negeri itu.

Reformasi ke arah kebaikan terus mekar - Amirudin
Titik perubahan dan reformasi yang dibawa PKR masih terus dilaksanakan, kata Menteri Besar Selangor.

Peluang pekerjaan, pendidikan mampu pacu ekonomi negara - Amirudin
Tumpuan terhadap peluang pekerjaan berkualiti, pendidikan dan perubahan iklim akan membantu memacu ekonomi Malaysia ke hadapan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Siar secara langsung prosiding penjelasan kes DNAA Zahid - Amirudin
Usaha itu membolehkan rakyat mendengar sendiri dan memahami isu berkenaan yang kini mendapat perhatian meluas.

Bekalan beras Ehsan kurang 10 hingga 15 peratus - Amirudin
Kerajaan Selangor mengakui beras cap Ehsan lima kilogram (kg) keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengalami kekurangan bekalan antara 10 hingga 15 peratus pada awal bulan lalu.

Selangor Aviation Show 2023: Rapatkan jaringan industri, cipta peluang pekerjaan
Hampir 50 kapal terbang dipamerkan, 33 forum dan perkongsian bersama 65 panel jemputan menanti pengunjung di Selangor Aviation Show (SAS) 2023 yang bermula 7 hingga 9 September.

PRK: Jangan jadi seperti PRN di Selangor kerana terlalu yakin - Amirudin
Katanya, disebabkan ramai berpandangan Selangor pasti menang pada PRN tersebut, pengundi sudah terlalu yakin sehingga tidak keluar mengundi.

Pembinaan Stadium Shah Alam di landasan tepat - Menteri Besar
Stadium baharu itu dijangka siap sepenuhnya pada 2026 dengan kapasiti sekitar 35,000 hingga 45,000 penonton pada satu-satu masa.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Amirudin fail saman fitnah terhadap Sanusi
Saman difail berhubung dakwaan Sanusi bahawa Amirudin terbabit skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan membabitkan projek pembersihan Sungai Klang.