awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM11 juta ubah suai DBI, pejabat pos lama jadi pusat aktiviti seni

Aida Aziz
Aida Aziz
23/07/2022
04:39 MYT
RM11 juta ubah suai DBI, pejabat pos lama jadi pusat aktiviti seni
Majlis Pelancaran Lorong Seni@Lorong Panglima, di Ipoh pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Dewan Bandaran Ipoh (DBI) dan pejabat pos lama di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini, bakal berubah wajah menjadi pusat aktiviti kesenian yang berkonsepkan Istana Budaya.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed berkata kos keseluruhan bagi projek pengubahsuaian itu bernilai kira-kira RM11 juta.
Menurut Nolee Ashilin lagi, kerja-kerja pengubahsuaian itu akan bermula pada Ogos depan dan dijangka siap pada tahun 2024.
"Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam proses mengubahsuai DBI sebagai pusat kesenian berkonsepkan Istana Budaya.
"Manakala Pejabat Pos Lama sebagai Balai Seni Visual yang mana kerja-kerja akan dimulakan pada bulan Ogos 2022 dan dijangka siap dalam tahun 2024.
"Kita dan Lembaga Seni Visual Negara telah mengadakan persetujuan untuk mereka membuka cawangan baharu, Balai Seni Visual di sini merupakan kedua selepas Langkawi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Lorong Seni@Lorong Panglima, di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Ahli-Ahli Majlis MBI.
Sementara itu, Rumaizi menambah pengubahsuaian itu selaras untuk merealisasikan bandar raya Ipoh sebagai bandar seni, dan persiapan menyambut Tahun Melawat Perak pada tahun 2025.
"Kos peruntukan itu akan dibiayai oleh NCIA, insyaAllah bulan Ogos nanti akan mula kerja-kerja itu (pengubahsuaian).
"Pelantikan semua sudah siap, pejabat pos lama itu kita akan jadikan sebagai Balai Seni Visual dan Dewan Bandaran akan jadi macam konsep untuk aktiviti teater dan muzik," jelasnya.
Terdahulu, Nolee Ashilin dan Rumaizi hadir merasmikan majlis pelancaran Lorong Panglima yang meriah dengan aktiviti pameran dan jualan produk.
Lorong tersebut telah diwartakan sebagai laluan pejalan kaki.
Lorong Seni@Lorong Panglima ini merupakan kesinambungan dan akan melengkapi Concubine Lane bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Selain memberi peluang kepada para usahawan untuk menonjolkan bakat seni dan kraftangan di Ipoh.
Topic Berkaitan
#Dewan Bandaran Ipoh
#pelancongan
#pusat kesenian
#Istana Budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan