ISKANDAR PUTERI: Sebanyak RM113.7 juta diperuntukkan untuk melaksanakan inisiatif penyelenggaraan sungai dan saliran bagi mengurangkan risiko kejadian banjir dan banjir kilat di Johor.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata peruntukan tersebut akan disalurkan secara terus kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah terlibat.
"Sebanyak RM71 juta peruntukan disediakan bagi tujuan pengurusan banjir dan saliran yang meliputi kerja-kerja penggalian dan mendalamkan sungai, membina rumah pam air, pembersihan kolam takungan banjir dan sistem amaran awalan banjir.
"Sejumlah RM42 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaran parit dan saliran," katanya ketika berucap membentangkan Belanjawan 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, sebanyak RM700,000 akan diperuntukkan bagi membeli pam bergerak untuk memudahkan operasi mengepam air banjir terutama di beberapa kawasan rendah yang sering dilanda banjir.
Katanya berdasarkan semakan data terkini JPS, terdapat 432 hotspot banjir telah dikenal pasti di seluruh Johor.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata sebanyak RM1.8 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja pemuliharaan Sungai Skudai dan Sungai Tebrau termasuk projek Denai Sungai dan pelaksanaan Program Satu Daerah Satu Sungai bagi memastikan sungai tersebut sentiasa dalam keadaan bersih.
Menurut beliau, sebanyak RM300,000 disediakan bagi meneruskan usaha pemuliharaan Sungai Kim-Kim agar ia terus lestari dan mengelakkan berulangnya insiden pencemaran sungai terbabit yang berlaku pada 2019.
Dalam pada itu, beliau berkata bagi menjamin bekalan air bersih berterusan kepada rakyat, sejumlah RM1.3 juta diperuntukkan kepada Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) bagi memastikan sumber air mencukupi dan kualiti air mentah terpelihara.
"Kerja-kerja pemantauan kualiti air secara berkala menggunakan teknologi geospatial dan pemantauan dalam talian akan diteruskan di Stesen Telemetri di sungai-sungai seperti Sungai Sayong, Sungai Semangar, Sungai Johor, Sungai Skudai, Sungai Benut dan Sungai Muar," katanya.
Onn Hafiz berkata bagi mengurangkan kadar kehilangan air atau air tidak berhasil (NRW), akibat kebocoran dan kerosakan paip agihan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) memperuntukkan sebanyak RM280 juta kepada Ranhill SAJ Sdn Bhd bagi menggantikan paip sepanjang 234 kilometer pada tahun depan.
"Penggantian paip lama ini akan mengurangkan bilang jumlah kebocoran air, di samping dapat mempertingkatkan tekanan air dalam sistem paip pengagihan tersebut," katanya.
Persidangan DUN Johor bersambung pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022
Peruntukan itu disalurkan secara terus kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah terlibat. - Gambar fail
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Paras air sungai di 4 negeri cecah paras amaran, bahaya
Ia melibatkan sungai di Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
77,000 tan metrik sampah dikeluarkan dari Sungai Klang dari tahun 2019
Pelbagai pelan perancangan telah diatur oleh kerajaan negeri bagi memanfaatkan Sungai Klang.
Pemandu Axia sanggup lawan arus di lebuhraya PLUS, untuk balik kampung sambut Deepavali
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu pada pukul 6.08 petang semalam.
Kematian kes lemas empat kali ganda lebih tinggi dari kebakaran - Bomba
Tahun lalu sahaja, 300 kes lemas direkodkan melibatkan 232 kematian, berbanding 121 kematian melibatkan mangsa kebakaran bagi tempoh yang sama.
Remaja 13 tahun ditemui lemas di Sungai Felda Selancar 3
Jasad mangsa yang berusia 13 tahun ditemui hampir dua kilometer daripada lokasi terakhir beliau dilihat.
Pelajar tingkatan satu ditemui lemas
Seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai ditemui lemas di Kampung Gajah Mati, di sini petang tadi.
JAS lengkapkan kertas siasatan insiden pembuangan minyak enjin ke dalam sungai
Kertas siasatan itu akan disiapkan secepat mungkin sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pendakwaan.