awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM12.8 bilion wang tidak dituntut setakat 31 Okt

Bernama
Bernama
13/11/2024
14:18 MYT
RM12.8 bilion wang tidak dituntut setakat 31 Okt
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ini menjadikan baki WTD yang masih tidak dituntut berjumlah RM12.8 bilion. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM17 bilion wang tidak dituntut (WTD) diserahkan syarikat dan firma kepada Jabatan Akauntan Negara dengan RM4.2 bilion daripada jumlah itu telah dituntut empunya yang berhak setakat 31 Okt lepas.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini berkata ini menjadikan baki WTD yang masih tidak dituntut berjumlah RM12.8 bilion.
Beliau berkata sejak 2022, Jabatan Akauntan Negara membuka 184 reruai di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang awam membuat tuntutan WTD.
Amir Hamzah berkata pihaknya juga akan meneliti cadangan untuk kerajaan melakukan pengesanan pemilik atau waris menggunakan data terkini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya wang berkenaan dapat dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan Persekutuan bersedia mempertimbangkan cadangan kerajaan Kelantan dan Terengganu berhubung program dan projek yang boleh dibiayai menerusi pemberian wang ihsan terutama dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan menambah baik infrastruktur asas.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan sememangnya memberikan peruntukan pembiayaan untuk projek pembangunan kepada kedua-dua negeri itu yang disalurkan melalui kementerian.
"Ia antaranya merangkumi pelaksanaan projek Lebuh Raya Central Spine Road dan pembinaan loji rawatan air di Kelantan, pembinaan hospital di Terengganu, jalan perhubungan serta menaik taraf sekolah di luar bandar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wang Tidak Dituntut
#jabatan akauntan negara
#Amir Hamzah Azizan
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan