awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1.4 bilion tingkat kekerapan perkhidmatan komuter KL-Seremban - Liow

Bernama
Bernama
30/10/2016
09:44 MYT
RM1.4 bilion tingkat kekerapan perkhidmatan komuter KL-Seremban - Liow
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkhidmatan keretapi akan ditingkatkan dengan memastikan masalah seperti kejadian gerabak tergelincir pada Jumaat tidak akan berulang. - Gambar fail
Kementerian Pengangkutan memperuntuk RM1.4 bilion bagi meningkatan frekuensi perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) khusus pada waktu puncak, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata kerja menaik taraf frekuensi diharap dapat disempurnakan sebelum tahun 2020.
"Kita sedang buat signaling link Landasan Berkembar Lembah Klang. Kita akan kembangkannya ke Seremban kerana signaling link berupaya tingkatkan frekuensi perkhidmatan komuter," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Negeri Sembilan di sini hari ini.
Beliau berkata perkhidmatan keretapi akan ditingkatkan dengan memastikan masalah seperti gerabak tergelincir tidak akan berlaku.
Dalam pada itu, Liow berkata pasukan siasatan telah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian gerabak barang KTMB tergelincir daripada landasan sehingga menyebabkan ribuan penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) terkandas di Stesen KTMB Ipoh pada Jumaat lalu. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#frekuensi
#Kementerian Pengangkutan
#Keretapi Tanah Melayu Berhad
#komuter
#KTMB
#Liow Tiong Lai
#pasukan siasatan
#signaling link
#tren kargo tergelincir
#waktu puncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan