IPOH: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Perak pada Khamis mempersoalkan peruntukan subsidi sebanyak RM155 juta kepada pengangkutan awam di bawah RapidKL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lembah Klang.
Pengerusinya, Mutalib Uthman berkata, kemudahan pengangkutan awam adalah perkara asas yang diperlukan oleh masyarakat dan bukan hanya khusus digunakan oleh penduduk sekitar Lembah Klang semata-mata.
Tegasnya lagi, mengambil contoh di Perak, dia mendakwa kerajaan negeri mahu pun Persekutuan langsung tidak memandang serius berhubung isu pengangkutan awam.
"Muda menyambut baik perkhidmatan percuma yang diumumkan Perdana Menteri.
Namun angka peruntukan sebesar RM155 juta tersebut wajar digunakan secara pragmatik (cekap, praktikal).
"Mungkin Perdana Menteri tidak mengetahui bahawa terdapat ramai pengguna perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dari Ipoh yang berulang alik ke Kuala Lumpur setiap pagi dan malam.
"Lihat sahaja tiket ETS KTMB jam 5.10 pagi yang sentiasa penuh ditempah oleh pengguna tetap yang berulang alik Ipoh-Kuala Lumpur setiap hari," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mutalib turut mempersoalkan mengapa peruntukan itu tidak digunakan untuk menaiktaraf perkhidmatan awam di seluruh negara.
Tambahnya, pengangkutan awam di kebanyakan daerah negeri ini juga tidak efisien, malah ada langsung tiada kemudahan itu yang menghubungkan kawasan berdekatannya.
"Tahun lalu kerajaan negeri ada mengumumkan perancangan mewujudkan Transit Aliran ringan (LRT) di Ipoh bagi menghubungkan bandar-bandar kecil di sekitarnya, namun masih tiada sebarang perkembangan sehingga kini.
"Tidak perlu kita bicara mengenai kawasan luar bandar seperti Pengkalan Hulu, lihat sahaja di Tambun, iaitu sebuah kawasan membangun dalam Ipoh misalnya.
"Akses pengangkutan awamnya masih di peringkat yang amat mendukacitakan. Setiap hari kawasan Tambun begitu sesak dengan ratusan kereta yang melalui jalan utamanya.
"Ketahuilah, bahawa rakyat Malaysia bukan di Lembah Klang semata. Pengkalan Hulu di sempadan sana juga masih rakyat Malaysia yang perlukan kemudahan pengangkutan awam," katanya lagi.
Justeru pihaknya berharap supaya kawasan lain tidak dipinggirkan daripada menerima limpahan peruntukan tersebut.
"Sudahlah jurang digital semakin melebar saban hari, apakah kawasan selain lembah klang wajar dianak-tirikan dengan jurang pengangkutan awam?" tanya beliau.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM155 juta bagi memberikan perkhidmatan percuma kepada pengangkutan awam di bawah RapidKL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lembah Klang.
BACA: Perkhidmatan percuma RapidKL, KTM libat subsidi RM155 juta - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut membolehkan penumpang di dua perkhidmatan itu menikmati kemudahan tersebut selama sebulan.
Aida Aziz
Thu Jun 16 2022
Mutalib Uthman berkata, kemudahan pengangkutan awam adalah perkara asas yang diperlukan oleh masyarakat dan bukan hanya khusus digunakan oleh penduduk sekitar Lembah Klang semata-mata. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Implikasi permohonan waran tangkap ICC terhadap PM Israel
Apa yang perlu kita fahami tentang implikasi tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang memohon waran tangkap terhadap pemimpin tertinggi Israel dan Hamas berhubung konflik berdarah di wilayah Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu?
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Niaga AWANI: China konsisten alu-alukan pelaburan asing
Bank Pembangunan Asia meramalkan bahawa China akan menyumbang 46 peratus kepada pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun di Asia pada tahun ini dan tahun depan.
Niaga AWANI: Samsung Electronics pilih eksekutif veteran, tangani krisis cip
Samsung melantik Young Hyun Jun, berkuat kuasa serta-merta, memindahkannya daripada peranan sebagai ketua unit perancangan perniagaan masa depan.
Niaga AWANI: Kenanga kekalkan unjuran pertumbuhan pada 9.4 peratus tahun ini
Ia kebanyakannya disebabkan oleh jangkaan kitaran naik teknologi dan pemulihan ekonomi China, disokong oleh rangsangan berterusan daripada kerajaan China.
Niaga AWANI: Rakyat Malaysia bimbang penipuan berkaitan pembayaran - Fico
Perlindungan penipuan dilihat cukup penting, dengan kemudahan penggunaan dan perlindungan yang baik menjadi pertimbangan utama untuk memilih penyedia perkhidmatan kewangan.
Presiden baharu Iran bakal berdepan cabaran tangani inflasi
Presiden baharu Iran dijangka bakal berdepan cabaran dalam menangani krisis ekonomi di negara Republik Islam itu.
Polisi luar negara Iran akan kekal, tidak berubah
Polisi luar negara Iran akan kekal dan tidak berubah terutamanya melibatkan pendirian negara itu yang kekal tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah walaupun negara itu bakal dipimpin oleh presiden baharu kelak.
[TERKINI] Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023 dan Hari Malaysia pula akan diadakan di Sabah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Polisi luar negara Iran dijangka kekal walau dipimpin presiden baharu - Penganalisis
Polisi luar negara Iran akan kekal dan tidak berubah terutamanya melibatkan pendirian negara itu yang kekal tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya.
RM155 juta peruntukan subsidi di Lembah Klang, orang Pengkalan Hulu dapat apa? - Muda Perak
Muda Perak mempersoalkan peruntukan subsidi sebanyak RM155 juta kepada pengangkutan awam di bawah RapidKL dan KTMB Lembah Klang.