KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM155 juta bagi memberikan perkhidmatan percuma kepada pengangkutan awam di bawah RapidKL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lembah Klang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut membolehkan penumpang di dua perkhidmatan itu menikmati kemudahan tersebut selama sebulan.

“Subsidi yang ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM140 juta (kepada RapidKL) untuk membolehkan penumpang mendapat tambang percuma.

“Selain daripada RapidKL, KTMB iaitu komuter Lembah Klang juga akan mendapat tambang percuma selama sebulan.

“Jadi, selain daripada pengangkutan awam di bawah RapidKL, di bawah KTM iaitu komuter Lembah Klang akan juga mendapat tambang percuma bermula hari ini, dan subsidi yang akan dikeluarkan adalah RM15 juta,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kg Batu, di sini hari ini.

Perkhidmatan percuma RapidKL, KTM libat subsidi RM155 juta

BACA: MRT Laluan Putrajaya diharap kurangkan kesesakan di KL - PM

BACA: Berita gembira! Tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan

Sebelum itu, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis perasmian mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.

Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.

PM umum tambang percuma MRT, LRT selama sebulan