Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia mengesahkan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa terdapat kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, sehingga 31 Mei 2018, baki berjumlah RM16.04 bilion masih belum dibayar balik kepada pembayar cukai yang tertunggak sejak lebih enam tahun lepas.
Menurutnya, ia membabitkan sebanyak 1,653,786 kes melibatkan syarikat, individu, persatuan dan yayasan.
“Penangguhan bayaran balik cukai terlebih bayar ini terutamanya disebabkan oleh peruntukan dalam TBBC yang tidak mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan LHDN, hari ini.
BACA: RM16.04 bilion cukai tidak dikembalikan, harap tiada lagi pendedahan skandal mega - Lim Guan Eng
Tambah beliau, sebelum ini LHDN telah memaklumkan kedudukan baki kredit terkini tersebut kepada mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Malah, badan itu juga mengeluarkan permohonan rasmi secara bertulis meminta tambahan peruntukan untuk dipindahkan ke TBBC agar bayaran balik dapat dilaksanakan.
“Sehingga 31 Julai 2018, LHDN telah berjaya memproses lebih daripada 90 peratus permohonan bayaran balik cukai tahun semasa bagi kategori pembayar cukai tersebut.
“Keutamaan pembayaran balik cukai terlebih bayar diberikan kepada pembayar cukai individu berdasarkan kedudukan kewangan tabung itu yang agak terhad.
“Bagi kategori pembayar cukai yang lain, bayaran balik masih tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan tambahan untuk tabung tersebut,” jelasnya.
Dalam pada itu, LHDN akan memberikan pertimbangan kepada permohonan pembayar cukai yang mempunyai kredit cukai yang perlu dibayar balik oleh pihaknya.
“Kita boleh pertimbangkan untuk set-off cukai yang perlu dibayar bagi tahun semasa. Pembayar cukai hendaklah mengemukakan permohonan set-off tersebut kepada cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai mereka.
“Bagi pembayar cukai yang tidak memohon untuk set-off, bayaran balik mereka akan diproses bergantung kepada peruntukan TBBC yang diluluskan oleh kerajaan dan kedudukan kewangan negara,” ujarnya.
Tambah Sabin lagi, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat laporan yang berkaitan dengan isu bayaran balik cukai pendapatan.
Sinar Harian
Fri Aug 24 2018
SABIN: Penangguhan bayaran balik cukai terlebih bayar ini terutamanya disebabkan oleh peruntukan dalam TBBC yang tidak mencukupi. - Gambar fail/BERNAMA
IsDB simpul mesyuarat 4 hari, dengan 85 perjanjian pembiayaan US$8 bln
Perjanjian tersebut berkaitan dengan operasi serta projek dalam pelbagai sektor, kata Presiden IsDB Dr Muhammad Al-Jasser.
AWANI Pagi: Hari Pekerja 2024 - Tangani stres, perbaiki psikologi pekerja
Bersempena Hari Pekerja yang disambut 1 Mei, ia boleh disifatkan sebagai hari meraikan pekerja yang membantu dalam pembangunan ekonomi dan produktiviti tempatan.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
AWANI Pagi: SSPA, jangan tinggal lagi skim kami?
Diskusi AWANI Pagi bersama Setiausaha Agung Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali untuk mengupas mengenai nasib, dan kebajikan perkhidmatan awam bersempena Hari Pekerja 2024.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Pendudukan bermula semalaman apabila penunjuk perasaan memecahkan tingkap dan memasuki Hamilton Hall.
Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa
Semua penjawat awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk pegawai masjid dan surau, guru serta Penolong Pendaftar Perkahwinan diingatkan supaya mematuhi ketetapan dan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Pilih aliran pendidikan hak ibu bapa - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) termasuk di Kelantan.
Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan - Tinjauan EY
Sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Universiti Columbia ancam untuk membuang pelajar yang merampas dan menduduki bangunan bilik kuliah ketika pertikaian antara pengurusan universiti dan aktivis pro-Palestin di kampus Manhattan semakin sengit.
Tidak sepatutnya persoal pendidikan calon PH - Nik Nazmi
Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperkasakan sekolah kebangsaan (SK), namun pilihan aliran pendidikan untuk anak-anak merupakan hak ibu bapa.
Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.
Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.
World Central Kitchen (WCK) kembali operasi di Gaza
World Central Kitchen (WCK) atau Dapur Pusat Dunia pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan beberapa kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
RM16.04 bilion cukai tidak dikembalikan, LHDN sahkan kenyataan Guan Eng
LHDN mengesahkan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa terdapat kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah TBBC.