awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM192 juta naik taraf pelabuhan Chendering - Mohamad

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
04/03/2023
10:46 MYT
RM192 juta naik taraf pelabuhan Chendering - Mohamad
Mohamad Sabu pada sidang media semasa melakukan lawatan kerja Projek Pembinaan Kapal Penangkapan Ikan Moden (C2) Milik Syarikat Amir Vision Sdn Bhd di MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd, Pulau Duyong di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Peruntukan sebanyak RM192 juta telah diluluskan bagi proses menaik taraf Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (lKIM) Chendering, Terengganu.
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia melibatkan kerja-kerja mendalamkan muara cetek, membaik pulih infrastruktur, dan memanjangkan pemecah ombak.
Menurut Mohamad, projek itu akan dilakukan secara berperingkat yang dijangka bermula April nanti.
“Pelabuhan Cendering akan dikorek dan dibalikkan kepada peranannya seperti dahulu dan diperuntukkan RM192 juta dan kerajaan negeri juga terlibat dalam pengorekan pasir yang melibatkan kos sebanyak RM3 juta.
“Insya-Allah Pelabuhan Cendering akan kembali aktif pada masa akan datang, menjadi tempat orang mendarat ikan termasuk bot-bot yang lebih besar,” katanya.
Mohamad Sabu ditemui selepas mengadakan lawatan ke projek pembinaan vesel, Pulau Duyong, di Kuala Terengganu pada Sabtu.
Beliau juga berharap menerusi projek berkenaan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi nelayan untuk aktiviti pendaratan ikan di pelabuhan itu.
Topic Berkaitan
#Pelabuhan Chendering
#Mohamad Sabu
#IKIM
#muara cetek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan