KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk melaksanakan Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan serta RM225 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming pada 2024.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata dua program berkenaan merupakan dua komponen khusus di bawah Program Penyeragaman Harga yang dilaksanakan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Armizan yang juga pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata program itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah intervensi untuk menangani isu perbezaan besar harga barang-barang asas dengan kawalan harga di kawasan pedalaman berbanding kawasan lain.
"Selain itu, program ini dijalankan bagi menanggung kos pengangkutan membawa tujuh barangan bersubsidi atau kawalan iaitu beras, gula, tepung gandum, minyak masak, LPG, petrol RON95 dan diesel daripada pembekal ke kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Ia bagi memastikan supaya penduduk kawasan pedalaman boleh membeli tujuh barangan berkenaan dengan harga kawalan yang disebutkan tadi sama seperti di bandar atau pekan terdekat," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Riduan Rubin (Bebas-Tenom) berhubung keberkesanan pelaksanaan Program Penyeragaman Harga dalam menangani kos sara hidup penduduk di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah.
Sebagai contoh, katanya harga bagi LPG tong 14 kilogram di Zon Pensiangan ialah RM65 setong sebelum ini, namun selepas pelaksanaan program itu, harganya ditetapkan sebanyak RM26.60 setong.
"Untuk Sabah sahaja, program ini melibatkan 69 zon dengan rangkuman keseluruhan 216 kawasan serta memberi kesan dan impak langsung kepada lebih 525,000 populasi penduduk di kawasan terlibat," katanya.
Menjawab soalan tambahan Riduan sama ada kementerian bercadang mewujudkan mekanisme penyeragaman harga melibatkan barangan asas bersubsidi dan tidak bersubsidi di Sabah memandangkan harga barangan asas di negeri itu berbeza antara daerah, Armizan berkata buat masa ini, keutamaan diletakkan kepada barangan kawalan terlebih dahulu dan memperluas liputan zon point-of-sale.
"Sebagai contoh, pada 2019, point-of-sale yang ada di seluruh negara yang terlibat dalam program ini ialah 1,601 dan pada 2024 kita akan perluas kepada 1,727 point-of-sale, ini maksudnya liputan kawasan pedalaman itu semakin meningkat, kita tambah baik dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) merangkap Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, yang juga dikenali dengan nama Bella, tiga tahun lalu.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
Kerajaan juga perlu tangani jurang pencen veteran tentera - RAFOC
Kenaikan gaji kakitangan awam adalah langkah positif, tetapi penting juga bagi kerajaan untuk menangani jurang pencen yang dihadapi veteran.
Kumpulan kedua petugas haji, 14 pengamal media berlepas ke Arab Saudi hari ini
Dua editor Astro AWANI, Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara pengamal media yang akan mengadakan liputan haji tahun ini.
Keterangkuman kewangan lonjakkan ekonomi digital, tanpa tunai
Pengarah Eksekutif Kiple, Norhizam Abdul Kadir dalam perbincangan dalam usaha menggalakkan pembangunan ekonomi, pengurangan kemiskinan, dan kesaksamaan sosial dengan menyediakan peluang kepada orang ramai untuk membina aset, menguruskan risiko, dan meningkatkan kesejahteraan kewangan, tanpa mengira tahap pendapatan, lokasi, jantina, umur, atau ciri-ciri lain.
RM265 juta diperuntuk bagi dua komponen Program Penyeragaman Harga pada 2024
Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk melaksanakan Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan serta RM225 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming pada 2024.
Kerajaan peruntuk RM200 juta laksana Program Penyeragaman Harga tahun ini
Enam negeri terlibat pelaksanaan Program Penyeragaman Harga ialah Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang.