awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan

Bernama
Bernama
16/11/2024
21:15 MYT
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Lim berkata Karnival Kewangan MADANI 2024 di Kompleks Ujana Kewangan di Labuan bertujuan mendidik orang ramai mengenai peranan dan fungsi setiap agensi kerajaan. - Facebook Lim
LABUAN: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM50 juta untuk perbelanjaan mengurus bagi Labuan di bawah Belanjawan 2025, mengekalkan jumlah yang sama seperti Belanjawan 2024, dengan RM32.917 juta dikhaskan bagi tujuh projek pembangunan.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
"Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk menambah baik infrastruktur dan menangani cabaran alam sekitar di Labuan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kewangan MADANI 2024 di Kompleks Ujana Kewangan di sini semalam.
Karnival anjuran Kementerian Kewangan itu menyediakan pelbagai perkhidmatan secara terus kepada rakyat Labuan dengan penyertaan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk kaunter perbankan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), khidmat nasihat dan perkhidmatan langsung daripada jabatan kerajaan seperti kaunter wang tidak dituntut oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan perkhidmatan pendaftaran syarikat oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah.
Turut menyertai karnival Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan agensi lain.
Lim berkata karnival itu bertujuan mendidik orang ramai mengenai peranan dan fungsi setiap agensi dan turut menampilkan ceramah celik kewangan disampaikan oleh pakar sepanjang dua hari acara berlangsung.
Beliau berkata inisiatif itu juga menarik penyertaan syarikat swasta yang teruja untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk mereka menerusi pameran antaranya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), Financial Park Labuan dan Global Art.
"Karnival ini merupakan inisiatif penting kerajaan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan awam dan sumber kewangan untuk masyarakat Labuan.
"Ia juga bertujuan mengeratkan hubungan antara kerajaan, rakyat dan syarikat swasta ke arah meningkatkan kesejahteraan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#perkhidmatan awam
#Lim Hui Ying
#Labuan
#Belanjawan 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan