KOTA KINABALU: Lebih RM33.59 juta disalurkan kepada Sabah dalam usaha membangun dan optimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil produk agromakanan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata peruntukan disalurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu adalah sebahagian daripada RM150 juta diperuntuk kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2024 bagi pelaksanaan projek pembangunan bersama kerajaan negeri.
Beliau berkata tujuh projek pembangunan agromakanan dibangunkan di Sabah melalui peruntukan itu, yang merupakan peruntukan tertinggi disalurkan berbanding negeri lain di negara ini.
"Projek itu antara lain termasuk pemerkasaan ternakan bersepadu ruminan, pembangunan 23 pusat pengumpulan hasil tani, dan pemulihan sawah-sawah padi terbiar seluas 534.55 hektar. Selain itu ia juga melibatkan pembinaan kilang kopi dan pembangunan tanaman kontan keladi Cina.
"Peruntukan di bawah program ini telah disalurkan secara berperingkat kepada negeri Sabah pada 4 April dan 14 Mei lepas bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohamad berkata semua projek itu akan dilaksana dan diselia Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) melalui Jabatan Pertanian Negeri Sabah (DOA Sabah) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah (DVS Sabah).
Beliau berkata peruntukan itu juga memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah seterusnya meningkatkan pendapatan taraf sosioekonomi negeri ini selaras dengan usaha meningkatkan nilai kadar saradiri (SSR) dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0.
Sementara itu menurut kenyataan berkenaan Mohamad telah mengadakan kunjungan hormat keatas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman rasminya di Seri Gaya di sini malam tadi
"Dalam pertemuan itu perbincangan menjurus kerjasama KPKM dengan kerajaan negeri bagi mengoptimumkan penggunaan tanah kearah keterjaminan makanan negara serta kerjasama dalam melaksanakan projek pembangunan.
"Ia juga meliputi pemerkasaan sektor ternakan, tanaman dan aktiviti pengeluaran serta pemasaran produk hiliran di Sabah," menurut kenyataan itu.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffery Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.
Mohamad kini berada di Sabah untuk lawatan empat hari bermula semalam dan lawatan itu turut melibatkan Konvoi Jelajah Road to MAHA@Sabah 2024 di Kota Kinabalu, Kota Belud, Kundasang, Telupid dan Sandakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
Mohamad berkata tujuh projek pembangunan agromakanan dibangunkan di Sabah melalui peruntukan itu. - Foto Bernama
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
RM33.59 juta untuk Sabah bangun, optimumkan pengunaan tanah bagi agromakanan
Lebih RM33.59 juta disalurkan kepada Sabah dalam usaha membangun dan optimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil produk agromakanan.