awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP

Bernama
Bernama
30/12/2024
08:33 MYT
RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP
Kira-kira 60 peratus daripada 10,600 kelas tabika dan taska diberikan keutamaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera. - Gambar fail
GOPENG: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sejumlah RM40 juta kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi menaik taraf serta membaik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di seluruh negara.
Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohd Hanafiah Man berkata kira-kira 60 peratus daripada 10,600 kelas tabika dan taska diberikan keutamaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera disebabkan keadaan premis yang uzur dan rosak.
"Keutamaan sudah tentu akan diberikan kepada bangunan yang sudah agak berusia kerana kita hendak memastikan dari segi aspek keselamatan anak-anak yang berada di situ selamat untuk mengikuti pelajaran mereka.
"Buat masa ini semua negeri sedang menyiapkan data akhir tabika yang perlu dinaik taraf dan baik pulih, Insya-Allah pada awal Februari kita sudah boleh mula proses sebut harga dan tender untuk kerja-kerja berkenaan," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Kemas Perak di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hanafiah berkata sebanyak 17 buah tabika baharu termasuk dua buah di Kampar dan Tambun akan dibina pada tahun depan.
Beliau berkata pembinaan baharu itu bagi menampung keperluan pembelajaran kanak-kanak di seluruh negara.
"Alhamdulillah, minat ibu bapa untuk menghantar anak mereka semakin meningkat dan sehingga kini jumlah yang dalam kategori senarai menunggu melebihi 20,000 kanak-kanak yang mahu belajar di tabika Kemas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peruntukan
#baik pulih
#TABIKA
#taska
#Kemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan