awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JSJN KL tumpas sindiket edar dadah guna minuman berperisa
Nahas bas ekspres: Pemandu bas ditahan
Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM650 juta bukan hanya untuk pokok di Taman Tugu - Khazanah

Hilal Azmi
Hilal Azmi
09/09/2016
10:54 MYT
RM650 juta bukan hanya untuk pokok di Taman Tugu - Khazanah
Tan Sri Azman Mokhtar (dua dari kanan) mengesahkan bahawa kos yang dianggarkan untuk pemuliharaan 1,000 pokok sedia ada dan 5,000 pokok yang ditanam semula hanya melibatkan kira-kira lima peratus atau RM32.5 juta.
Kos RM650 juta yang dianggarkan bagi projek Taman Tugu bukan untuk tujuan pembinaan taman hutan hujan dalam bandar semata-mata.
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar mengesahkan bahawa kos yang dianggarkan untuk pemuliharaan 1,000 pokok sedia ada dan 5,000 pokok yang ditanam semula hanya melibatkan kira-kira lima peratus atau RM32.5 juta.
"Kita sedar bahawa kos RM650 juta satu kos yang besar tetapi ia bukan hanya membabitkan usaha pemuliharaan pokok semata-mata tetapi juga mengaktifkan taman terbabit.
"Itu hanya lima peratus, yang lain membabitkan elemen seperti penyambungan Taman Tugu dengan kawasan sekitar dan juga pembangunan pusat pendidikan," katanya semasa ditemui media ketika sesi dialog dengan Pengarah Urusan Khazanah Nasional di sini hari ini.
Tambah beliau, 15 peratus kos diperuntukkan bagi tujuan operasi, penyelenggaraan, perkongsian dan pembangunan masyarakat selama 12 tahun atau sehingga 2028.
Ketika ditanyakan tentang perincian kos RM650 juta itu, beliau meminta agar Khazanah Nasional diberikan 'kelonggaran' berhubung pecahannya memandangkan ia tidak dapat didedahkan buat masa ini.
Topic Berkaitan
#azman mokhtar
#Kos RM650 juta
#taman hutan hujan
#Taman Tugu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan