Skip to main content

Teknologi

Samsung dilapor kurangkan pengeluaran telefon pintar hingga 30 peratus akibat kos RAM

Langkah itu diambil oleh bahagian Mobile eXperience (MX) Samsung berikutan kenaikan mendadak harga memori capaian rawak (RAM) yang memberi tekanan terhadap margin keuntungan perniagaan telefon pintarnya. -Gambar fail/Reuters
Langkah itu diambil oleh bahagian Mobile eXperience (MX) Samsung berikutan kenaikan mendadak harga memori capaian rawak (RAM) yang memberi tekanan terhadap margin keuntungan perniagaan telefon pintarnya. -Gambar fail/Reuters

Advertisement

Ringkasan AI

  • Samsung dijangka mengurangkan pengeluaran telefon pintar sebanyak 20 hingga 30 peratus pada suku keempat 2026 akibat kenaikan kos komponen memori global.
  • Harga cip memori LPDDR5X 12GB meningkat sekitar 175 peratus berbanding tahun lalu, memberi tekanan kepada margin keuntungan pengeluar telefon pintar.
  • Beberapa pengeluar Android lain turut menilai semula strategi pengeluaran, termasuk menangguhkan pelancaran atau membekukan pembangunan model baharu akibat kos komponen yang tinggi.

SEOUL: Samsung dilapor telah memaklumkan kepada pembekalnya bahawa pengeluaran telefon pintar syarikat itu akan dikurangkan antara 20 hingga 30 peratus pada suku keempat 2026 susulan peningkatan ketara kos komponen memori global, lapor Amanz.

Menurut laporan portal berita Korea Selatan, Money Today, langkah itu diambil oleh bahagian Mobile eXperience (MX) Samsung berikutan kenaikan mendadak harga memori capaian rawak (RAM) yang memberi tekanan terhadap margin keuntungan perniagaan telefon pintarnya.

Sumber industri berkata kadar pengurangan pengeluaran berkenaan jauh melebihi jangkaan pasaran yang lazimnya menyaksikan penurunan bermusim pada penghujung tahun apabila pengguna menangguhkan pembelian untuk menunggu pelancaran siri telefon pintar utama generasi baharu pada awal tahun berikutnya.

Laporan itu turut menyatakan segmen telefon pintar kini berdepan margin keuntungan yang semakin kecil apabila kos komponen memori meningkat dengan ketara.

Menurut laporan berkenaan, harga cip memori LPDDR5X 12GB meningkat kira-kira 175 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Keadaan itu memaksa pengeluar sama ada menyerap kos tambahan atau berdepan risiko kehilangan pelanggan sekiranya harga peranti dinaikkan secara mendadak.

Samsung sebelum ini diunjurkan menghasilkan kira-kira 270 juta unit telefon pintar sepanjang 2026. Namun, penganalisis kini menganggarkan jumlah itu mungkin disemak turun kepada antara 200 juta hingga 230 juta unit.

Walaupun berdepan tekanan kos pengeluaran, Samsung dan Apple dilaporkan terus mengekalkan kedudukan sebagai dua pengeluar telefon pintar terbesar dunia tahun ini.

Dalam masa sama, Samsung berada dalam kedudukan yang unik kerana masih memperoleh sebahagian bekalan memori daripada perniagaan semikonduktornya sendiri.

Prestasi perniagaan telefon pintar syarikat itu bagaimanapun dilihat berbeza daripada bahagian semikonduktornya, yang terus mencatat keuntungan kukuh hasil permintaan tinggi terhadap cip berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Pertumbuhan pasaran semikonduktor itu dipacu oleh permintaan berterusan terhadap cip memori bagi pusat data AI, yang setakat ini masih menunjukkan momentum yang kukuh.

Beberapa pengeluar telefon pintar Android lain turut dilaporkan menilai semula strategi pengeluaran masing-masing berikutan kesukaran mengekalkan margin keuntungan akibat kenaikan harga komponen.

Sebagai contoh, jenama CMF dilaporkan menangguhkan pelancaran telefon pintar baharu tahun ini berikutan peningkatan kos RAM, manakala ASUS dikatakan membekukan pembangunan model telefon pintar baharu bagi memberi tumpuan kepada produk berasaskan AI.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Mengapa Samsung mengurangkan pengeluaran telefon pintar pada suku keempat 2026? 
    A: Samsung mengurangkan pengeluaran telefon pintar antara 20 hingga 30 peratus pada suku keempat 2026 akibat peningkatan ketara kos komponen memori global, khususnya harga RAM.
  • Q: Berapakah anggaran pengeluaran telefon pintar Samsung untuk tahun 2026 selepas semakan? 
    A: Anggaran pengeluaran telefon pintar Samsung untuk tahun 2026 disemak turun kepada antara 200 juta hingga 230 juta unit, berbanding unjuran asal sebanyak 270 juta unit.
  • Q: Bagaimana kenaikan harga cip memori memberi kesan kepada margin keuntungan pengeluar telefon pintar? 
    A: Kenaikan harga cip memori, seperti LPDDR5X 12GB yang meningkat kira-kira 175 peratus, menyebabkan margin keuntungan pengeluar telefon pintar semakin kecil kerana mereka perlu memilih sama ada menyerap kos tambahan atau menaikkan harga peranti yang berisiko kehilangan pelanggan.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh pengeluar telefon pintar Android lain berikutan kenaikan harga komponen? 
    A: Beberapa pengeluar telefon pintar Android lain menilai semula strategi pengeluaran mereka, seperti jenama CMF yang menangguhkan pelancaran telefon pintar baharu dan ASUS yang membekukan pembangunan model baharu untuk memberi tumpuan kepada produk berasaskan AI.
  • Q: Bagaimana prestasi bahagian semikonduktor Samsung berbanding perniagaan telefon pintarnya? 
    A: Bahagian semikonduktor Samsung terus mencatat keuntungan kukuh hasil permintaan tinggi terhadap cip berkaitan kecerdasan buatan (AI), berbeza dengan prestasi perniagaan telefon pintarnya yang tertekan akibat kenaikan kos komponen.

Product Recommendation Section Title

UGREEN MFi Certified USB C To Lightning Cable PD 60W Fast Charging Data Transfer Apple iOS iPhone 14 Pro 13 12 11 iPad

UGREEN MFi Certified USB C To Lightning Cable PD 60W Fast Charging Data Transfer Apple iOS iPhone 14 Pro 13 12 11 iPad

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

TuneTalk HaloTelco Sim Card | Simkad Tune Talk Halo Telco Unlimited Speed 4G 5G Full Hotspot

TuneTalk HaloTelco Sim Card | Simkad Tune Talk Halo Telco Unlimited Speed 4G 5G Full Hotspot

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

Must Watch Video

Advertisement