awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM7.7 bilion untuk 80 projek pembangunan fizikal di Sarawak

Bernama
Bernama
11/10/2024
13:15 MYT
RM7.7 bilion untuk 80 projek pembangunan fizikal di Sarawak
Nanta berkata projek tersebut melibatkan fasa prakontrak yang bernilai RM3.2 bilion dan fasa pembinaan yang bernilai RM4.5 bilion. - Gambar Bernama
KUCHING: Sebanyak 80 projek pembangunan fizikal bernilai RM7.7 bilion sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan di Sarawak bagi tahun ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata projek tersebut melibatkan fasa prakontrak yang bernilai RM3.2 bilion dan fasa pembinaan yang bernilai RM4.5 bilion.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Majlis Penyerahan Dua Projek Siap Serentak yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki di sini, hari ini, Nanta berkata sebanyak RM152 juta juga diperuntukkan bagi projek-projek penyenggaraan jalan Persekutuan di Sarawak, tahun ini.
"Penyenggaraan melibatkan kerja-kerja berkala bagi permukaan tertutup, dan bukan tertutup, lampu jalan, jambatan, serta peruntukan khas untuk jurutera daerah dan kerja rutin," katanya.
Majlis Penyerahan Dua Projek Siap Serentak itu melibatkan pembinaan bangunan baru untuk SK Jalan Haji Baki dan SK Sungai Spaoh di Sarikei, yang disiapkan oleh Pasukan Projek Khas 2 JKR Persekutuan sebagai agensi pelaksana.
Kos keseluruhan kedua-dua projek berjumlah RM33.63 juta, menggunakan teknologi pembinaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Sistem Permodelan Maklumat Bangunan (BIM)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#bangunan baru
#BIM
#fasa pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan