awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Pertahanan Belanda mohon maaf atas serangan udara maut 2015 di Iraq
Indonesia usul tambahan 21,000 polis hutan tingkatkan pengawasan hutan
MOSTI lancar dua dokumen strategik utama pacu pembangunan ekonomi bernilai tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM tahun ini

Bernama
Bernama
15/01/2026
21:00 MYT
RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM tahun ini
Menurut Adly Zahari, inisiatif itu bagi membantu veteran ATM atau balu berpendapatan rendah dan tidak mempunyai kediaman sendiri atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah sendiri yang sesuai untuk dibina rumah lebih baik. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) memperuntukkan RM8 juta bagi program membina baharu dan membaik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara tahun ini.

Ringkasan AI
  • JHEV peruntukkan RM8 juta untuk program bina dan baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini. Peruntukan termasuk 40 unit rumah baharu dengan kos RM75,000 hingga RM85,000 di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak serta membaik pulih 280 rumah veteran dengan kos kira-kira RM17,000 seunit.
  • Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan, menyatakan bahawa sebut harga bagi projek ini dijangka bermula pada awal tahun dengan kerja pembinaan dan baik pulih dijangka bermula menjelang Mac atau April. Projek ini bertujuan membantu veteran ATM dan balu berpendapatan rendah yang tidak memiliki kediaman sendiri.
  • Kementerian berusaha meningkatkan peruntukan bantuan perumahan sejak 2021, dari RM4.86 juta kepada RM7.243 juta tahun lepas. Adly menegaskan komitmen kerajaan terhadap integriti dalam pengurusan kementerian serta menekankan penghargaan terhadap pengorbanan anggota pertahanan dan veteran perlu diteruskan tanpa luntur.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, peruntukan itu melibatkan 40 unit rumah baharu dengan kos RM75,000 sebuah di Semenanjung serta RM85,000 di Sabah dan Sarawak manakala kerja membaik pulih 280 rumah veteran membabitkan kira-kira RM17,000 seunit pada kadar siling.
"Kita akan mula sebut harga pada awal tahun ini dan berharap menjelang Mac atau April sudah boleh memulakan kerja bina dan baik pulih di samping menyelesaikan projek tahun lepas," katanya.
Adly berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Rumah Baharu di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM kepada veteran dan balu golongan itu, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, inisiatif itu bagi membantu veteran ATM atau balu berpendapatan rendah dan tidak mempunyai kediaman sendiri atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah sendiri yang sesuai untuk dibina rumah lebih baik.
Dalam pada itu, Adly berkata, sehingga Disember tahun lepas, 32 permohonan bina baharu dan 316 permohonan baik pulih diluluskan melibatkan peruntukan RM7.24 juta dengan tiga dibina baharu serta 33 baik pulih di Negeri Sembilan.
Beliau berkata, kementerian secara konsisten berusaha untuk meningkatkan peruntukan bantuan perumahan sejak 2021, iaitu daripada RM4.86 juta kepada RM7.243 juta pada tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, Adly berkata, pihaknya sentiasa memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sebarang siasatan sedang dijalankan termasuk membabitkan pegawai.
Beliau juga memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan beberapa komitmen dan inisiatif sepanjang tahun ini bagi memperkukuh aspek integriti dalam sistem pengurusan kementerian.
Berhubung persepsi rakyat terhadap ATM susulan isu masa kini, Adly berharap keyakinan rakyat terhadap anggota pertahanan negara tidak terjejas memandangkan pengorbanan mereka mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
"Mereka bukan sahaja berkorban masa, tenaga malah nyawa untuk negara. Pengorbanan itu sangat kita hargai tetapi pada masa sama, apa-apa perkara terkait integriti menjadi tanggungjawab kerajaan (untuk menanganinya).
"Penghargaan kita terhadap jasa dan pengorbanan anggota pertahanan termasuk veteran tidak sepatutnya luntur," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Hal Ehwal Veteran JHEV
#VETERAN ATM
#baik pulih rumah
#Adly Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan