awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM90.4 juta bantu selenggara perumahan strata kos rendah, sederhana tahun ini

Bernama
Bernama
27/11/2023
14:21 MYT
RM90.4 juta bantu selenggara perumahan strata kos rendah, sederhana tahun ini
Akmal Nasrullah berkata kesemua peruntukan itu telah disalurkan kementerian melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Lembaga Perumahan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) membelanjakan RM90.4 juta tahun ini bagi melaksanakan 850 projek penyelenggaraan dan baik pulih fasiliti perumahan strata kos rendah serta sederhana rendah swasta dan awam di seluruh negara kecuali Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri berkenaan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata perbelanjaan itu merangkumi peruntukan RM44.4 juta Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) bagi perumahan swasta selain RM46 juta bagi Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) projek perumahan awam.
Beliau berkata kesemua peruntukan itu telah disalurkan kementerian melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Lembaga Perumahan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
"Antara skop kerja yang dilakukan termasuk penambahbaikan dan penggantian lif, penukaran tangki air dan paip sanitari, pendawaian semula elektrik, membaiki bumbung, cat semula bangunan dan penggantian infrastruktur awam yang melibatkan harta bersama.
"Semua kerja-kerja ini dilakukan mengikut kepentingan keselamatan dan keselesaan penghuni selain tahap kerosakan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Ramanan Ramakrishnan (PH-Sungai Buloh) mengenai perancangan serta peruntukan untuk menaik taraf dan menceriakan pangsapuri kos rendah seperti cat semula bangunan, penukaran bumbung, penggantian pendawaian elektrik dan penurapan jalan.
Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata kerajaan MADANI telah bersetuju meningkatkan peruntukan TPPM dan PPP kepada RM104 juta tahun depan, peningkatan 10 peratus daripada peruntukan diterima tahun ini.
"Proses untuk agihan peruntukannya sama, kita akan tapis dan lihat setiap permohonan untuk mendapatkan dana daripada TPPM dan PPP ini mengikut kadar keseriusan dan keperluan setiap satu perumahan itu," katanya.
Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata setiap projek yang dijalankan mungkin mempunyai tempoh siap yang berbeza mengikut kepada jenis pembaikan.
"Untuk lif misalnya proses penggantian sahaja kadangkala boleh memakan masa hingga 18 bulan memandangkan perlu menunggu alatan yang diperlukan, namun projek seperti mengecat semula bangunan dan pendawaian elektrik mungkin sekitar tiga hingga enam bulan sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#Dewan Rakyat
#pendawaian elektrik
#perumahan swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan