awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK12: Kerajaan Perpaduan luluskan 436 projek bernilai RM22.17 bilion di Kelantan

Bernama
Bernama
17/06/2023
12:30 MYT
RMK12: Kerajaan Perpaduan luluskan 436 projek bernilai RM22.17 bilion di Kelantan
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) melihat pelan lokasi pembinaan ketika melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Persekutuan di Pulau Teluk Renjuna hari ini. - Foto BERNAMA
TUMPAT: Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Ekonomi telah meluluskan 436 projek dan program bagi pelaksanaan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi negeri Kelantan.
Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jumlah itu merangkumi peruntukan RM2.57 bilion tahun ini bagi pelaksanaan projek yang telah diluluskan.
"Kesemua 436 projek dan program itu melibatkan peruntukan keseluruhan RM22.17 bilion," katanya pada sidang media selepas melawat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan di Teluk Renjuna di sini hari ini.
Pada lawatan tersebut, Nik Nazmi turut menyerahkan peruntukan di bawah Projek Mesra Rakyat sebanyak RM30,000 bagi tujuan penyelenggaraan Klinik Kesihatan dan RM30,000 untuk pembaikan bumbung masjid di Teluk Renjuna.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata bagi jajahan Tumpat, RM88.82 juta telah diluluskan merangkumi 23 projek dengan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM1.04 Billion.
"Daripada jumlah tersebut, tujuh projek baharu diluluskan di jajahan ini dengan kos keseluruhan RM240.4 juta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Kementerian Ekonomi
#RMK12
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan