KUALA TERENGGANU: Kerajaan komited menyediakan peruntukan bagi melaksanakan projek berimpak tinggi sekurang-kurangnya 50 peratus daripada peruntukan pembangunan asas di Terengganu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia bagi meningkatkan kesinambungan dan akses yang lebih baik kepada infrastruktur asas, ameniti dan perkhidmatan.
"Beberapa projek sambungan akan diteruskan antaranya Hospital Kemaman dan Hospital Dungun serta projek berkaitan tebatan banjir.
"Selain itu, beberapa perkara yang dikemukakan oleh kerajaan Terengganu ialah berkaitan pembangunan pulau-pulau termasuk bekalan elektrik, pertanian dan kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup sesi libat urus pasca-Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bersama kerajaan negeri Terengganu di sini semalam.
Terdahulu, beliau mengadakan sesi libat urus pasca-RMK12 secara hibrid bersama pegawai kanan kerajaan negeri, di Wisma Darul Iman di sini.
Selain itu, Mustapa berkata kerajaan juga akan meneruskan projek pembangunan taman industri polimer di Kerteh, Dungun; pembangunan lembangan sungai bersepadu di Kemaman, pemuliharaan muara sungai di Besut, Dungun dan Setiu.
Projek tebatan banjir Kuala Terengganu Utara, naik taraf jalan persekutuan Chukai ke Kemaman, projek jalan raya Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Berang dan pembangunan kawasan tanaman getah pekebun kecil juga akan diteruskan.
Beliau berkata peruntukan awal kerajaan pusat untuk pembangunan negeri Terengganu pada tahun ini ialah sebanyak RM1.36 bilion namun tidak dapat dibelanjakan sepenuhnya kerana berlaku pandemik COVID-19.
Ditanya mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima oleh Terengganu pada tahun depan pula, Mustapa berkata ia akan diperincikan dalam pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Okt ini.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri berterima kasih dengan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit yang melambatkan sebarang projek seperti isu tanah dan isu kelulusan PBT (pihak berkuasa tempatan).
"Kita berharap ia dapat dipercepatkan supaya kita dapat mengurangkan kerenah-kerenah birokrasi ini. Jadi dengan cara itu mungkin objektif yang nak dicapai, kemajuan mampan secara bersama ini dapat kita capai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021

Mustapa berkata peruntukan awal kerajaan pusat untuk pembangunan negeri Terengganu pada tahun ini ialah sebanyak RM1.36 bilion namun tidak dapat dibelanjakan sepenuhnya

Tandas awam Plaza Tol Tapah ditutup esok sehingga 11 Ogos
Tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup selama dua bulan mulai esok hingga 11 Ogos bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf kemudahan tersebut.

Wan Saiful mohon ketepikan tuduhan kes rasuah
Wan Saiful memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dihadapinya.

Meneladani Korea Selatan: Mengambil contoh pada yang sudah, mengambil tuah pada yang menang
Korea Selatan menghargai bahasanya dengan mengisytiharkan 9 Oktober sebagai cuti umum bagi memperingati Hari Hangeul atau Hari Abjad Korea.

Harga petrol RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM3.35 seliter kepada RM3.37 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Jun.

Isu air di UMS, Anwar umum peruntukan RM3 juta
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ujian rintis 'SmartLane' di Lebuhraya ELITE bermula esok, bantu lancar trafik USJ-Seafield - PLUS
Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula esok sehingga 31 Ogos.

Zahid gesa SKMM pantau hantaran isu agama, perkauman oleh pemimpin politik
Dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendapati sememangnya ada pemimpin politik yang cuba menyentuh isu sensitif itu di media sosial.

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".

Angkasawan persendirian AS tamat misi, pulang ke bumi
Kapal angkasa Dragon SpaceX yang membawa empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke bumi sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.

Kadar inflasi September 2022 pada 4.5 peratus, lebih rendah berbanding Ogos
Perbandingan bulan ke bulan turut menunjukkan inflasi September 2022 terus menyederhana kepada 0.1 peratus berbanding 0.2 peratus pada Ogos 2022.

2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.

Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.

Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.

Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.

Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.

Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Impak penyusutan ringgit kepada bayaran hutang langsung kerajaan adalah kecil
Mustapa berkata kebanyakan hutang kerajaan adalah dalam nilai mata wang ringgit, khususnya Bil Perbendaharaan dan Sekuriti kerajaan.

Tanpa subsidi kerajaan, inflasi negara boleh cecah 10.6 peratus pada Ogos 2022 - Mustapa
Malaysia yang juga sebagai sebuah negara ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada terkena tempias cabaran ekonomi global.