MALAYSIA
RMK13: Perkenalkan perintah kenaikan gaji kebangsaan, atasi jurang pendapatan - Penganalisis

Kerajaan perlu melaksanakan dasar kenaikan gaji kebangsaan bagi menangani jurang gaji. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan dasar kenaikan gaji kebangsaan bagi menangani jurang gaji antara kumpulan berpendapatan tinggi dan rendah dalam pasaran tenaga kerja negara.
Ringkasan AI
- Kerajaan disaran menetapkan dasar kenaikan gaji kebangsaan secara tahunan, sejajar dengan kadar inflasi, bagi merapatkan jurang gaji dan meningkatkan taraf hidup pekerja.Ketidakseimbangan gaji antara eksekutif tertinggi dan pekerja biasa dalam sesebuah syarikat dilihat semakin melebar dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan.Bank Negara Malaysia menggesa reformasi menyeluruh terhadap pasaran buruh dan mekanisme penetapan gaji untuk menangani ketidakpadanan antara gaji, inflasi, dan kos sara hidup yang membebankan pekerja.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Dalam pada itu, Pengarah program MBA Putra Business School (PBS), Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff pula berkata jurang pendapatan antara eksekutif c-suite dan kakitangan bergaji rendah itu juga perlu diperhatikan dalam konteks dalaman sesebuah syarikat.
“Ada berlaku ketidakseimbangan dalam syarikat. Kita lihat gaji Ketua Pegawai Eksekutif sesebuah syarikat, jika dibandingkan dengan purata gaji pekerja dilihat semakin melebar.
“Ini juga perkara yang belum dibincangkan, tetapi perlu menjadi tumpuan kerajaan. Kita lihat bukan semata-mata isu tidak mampu memberi gaji lebih bermaruah kepada pekerja, tetapi juga isu gaji tidak seimbang dalam sesebuah syarikat,” ujarnya.
Pada Khamis, media melaporkan Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa supaya reformasi menyeluruh pasaran buruh dan semakan semula mekanisme penetapan gaji dilaksanakan segera bagi menangani jurang yang semakin melebar antara pertumbuhan upah dan kos sara hidup, meskipun kadar inflasi kekal rendah.
Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar, berkata realiti semasa menunjukkan ramai pekerja berdepan tekanan kos hidup yang meningkat, terutama apabila gaji sebenar semakin menurun walaupun produktiviti meningkat.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen pada 31 Julai ini bagi menetapkan hala tuju dasar kerajaan untuk lima tahun akan datang dan dijangka menyentuh mengenai aspek kebajikan tenaga kerja dalam negara, selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami