awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK13: Peruntukan RM40 bilion bukti komitmen realisasi reformasi kesihatan - Dzulkefly

Bernama
Bernama
31/07/2025
22:20 MYT
RMK13: Peruntukan RM40 bilion bukti komitmen realisasi reformasi kesihatan - Dzulkefly
Dzulkefly berkata, peningkatan 30 peratus peruntukan itu, berbanding kira-kira RM35 bilion sebelum ini merupakan isyarat kukuh Perdana Menteri Anwar benar-benar komited untuk memacu reformasi menyeluruh dalam sistem kesihatan. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM40 bilion untuk sektor kesihatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) adalah bukti jelas komitmen kerajaan merealisasikan matlamat liputan kesihatan sejagat (UHC), sekali gus memastikan tiada rakyat tercicir daripada akses perkhidmatan kesihatan berkualiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan 30 peratus peruntukan itu, berbanding kira-kira RM35 bilion sebelum ini merupakan isyarat kukuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar komited untuk memacu reformasi menyeluruh dalam sistem kesihatan negara.
"Jadi, ini secara nyata menunjukkan komitmen Perdana Menteri terhadap kepekaan dan kepentingan dalam memastikan sektor kesihatan terus diangkat.
"Saya mahu tanggungjawab dan amanah ini dipikul seluruh keluarga besar Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memacu dan melunaskan keperluan melaksanakan reformasi kesihatan ini serta meningkatkan sistem penyampaian kesihatan agar kita dapat capai kesihatan sejagat," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 7, di sini, malam tadi, yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Forum bertajuk "Ke Arah Sistem Penjagaan Kesihatan Mampan Untuk Semua" itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dzulkefly berkata, peningkatan peruntukan itu juga signifikan dalam menghadapi pelbagai cabaran dihadapi sektor kesihatan pada masa ini termasuk penuaan populasi, peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta inflasi perubatan.
"Semua ini memberikan petunjuk jelas bahawa Perdana Menteri benar-benar mahu memacu usaha menyelesaikan pelbagai permasalahan yang sedang kita hadapi, termasuk dari segi fasiliti kesihatan.
"Justeru, saya sangat bersyukur dengan peruntukan yang begitu besar ini, yang memberi kita tambahan kira-kira RM4 bilion setiap tahun," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#RMK13
#Kementerian Kesihatan
#Dzulkefly Ahmad
#Sektor kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan