HULU KELANG: Perobohan dua blok Highland Towers dijangka mampu menyelesaikan aduan berbangkit oleh masyarakat yang tinggal di sekitar bangunan terbiar itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.
Menurutnya, susulan itu pada Sabtu, satu lawatan bersama Yang Dipertua MPAJ, Ani Ahmad serta agensi terlibat telah diadakan bagi mencari solusi kepada aduan tersebut.
"Isu ini masih dalam status perbincangan. Kebarangkalian paling utama ialah bangunan terbiar ini dirobohkan kerana tidak melihat pilihan lain (dalam menyelesaikan isu tersebut).
"Objektif utama bagi menyelesaikan aduan dan selepas dirobohkan, barulah fikirkan apa yang akan dibuat di kawasan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau ditemui pada program gotong-royong perdana bagi persiapan kedatangan Ramadan di Masjid Bukit Antarabangsa di sini.
Mohd Kamri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung status perobohan bangunan terbiar tersebut.
Dalam tragedi runtuhan 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers telah runtuh sehingga meragut 48 nyawa.
Sejak itu, tapak berkenaan terbiar dan menjadi sarang penagihan dadah dan masalah sosial yang mengundang rasa kurang senang penduduk setempat.
Susulan itu, Datuk Zuraida Kamaruddin semasa memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2019 memberitahu, bangunan terbiar itu akan dirobohkan.
Zuraida mencadangkan tapak itu dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi memandangkan struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.
Sementara itu, Ani menerusi mesyuarat penuh bulanan MPAJ yang diadakan baru-baru ini memaklumkan, pihak berkuasa tempatan itu akan mengeluarkan notis kepada pemilik hartanah terbabit untuk merobohkan struktur tersebut.
Ani berkata, notis itu akan dihantar kepada Highland Properties Sdn Bhd sebagai pemilik tapak dan Jabatan Insolvensi Malaysia sebagai penyelesai syarikat.
Katanya, sekiranya syarikat gagal mengambil tindakan (merobohkan), MPAJ akan memulakan proses mendapatkan perintah mahkamah untuk menjalankan perobohan.
Ujarnya, perobohan dijangka selepas Ogos jika tiada sebarang bantahan di mahkamah dan kos perobohan itu anggarkan antara RM6 juta ke RM7 juta. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 03 2024
Keadaan dua blok terbiar Highland Towers. -Foto FB MPAJ
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Roboh Highland Towers: Masalah penduduk dijangka selesai - ADUN
MPAJ telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.