KUALA LUMPUR: Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas dan polis percaya kebanyakannya bermula daripada pengantunan melalui media sosial termasuk aplikasi sembang seperti WhatsApp.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan, berkata berdasarkan siasatan terhadap mangsa, rata-rata memberitahu polis yang mereka mengenali pelaku melalui laman sosial.
"Sebahagian besar gadis bawah umur yang menjadi mangsa rogol ini memberitahu pegawai penyiasat mereka mengenali individu yang merogol melalui laman sembang dan media sosial terlebih dahulu sebelum berjumpa.
"Ini menunjukkan gadis ini telah melalui fasa grooming terlebih dahulu dengan hantaran mesej yang bermula dengan 'hai' dan kata-kata pujian yang lain, kemudian membawa kepada penghantaran gambar bogel oleh gadis berkenaan, dan ke fasa berjumpa yang kemudian membawa kepada kejadian rogol atau rogol secara berkumpulan," katanya kepada Bernama.
Statistik PDRM merekodkan sebanyak 1,299 kes rogol bawah umur dilaporkan pada 2021, meningkat kepada 1,388 pada 2022 dan 1,590 pada 2023.
Jenayah rogol berkumpulan melibatkan mangsa bawah umur juga menunjukkan trend sama dengan 61 kes dilaporkan pada 2021, meningkat kepada 103 kes pada 2022 dan 104 kes pada tahun berikutnya.
Mengulas lanjut, Siti Kamsiah Hassan berkata selain dijadikan platform pengantunan, media sosial juga digunakan oleh pedofilia untuk menyebarkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak kepada individu lain yang berkongsi kecenderungan dengannya.
"Mereka berkongsi (sesama sendiri) bagaimana mereka memperdaya kanak-kanak tersebut dan keseronokan mereka apabila berjaya mengeksploitasi kanak-kanak berkenaan," katanya.
Bagi menangani isu pengantunan ini, Siti Kamsiah berkata peranan ibu bapa amat dituntut.
"Terapkan adab dalam kalangan anak-anak agar menjaga batas ketika bersosial di alam maya. Ingatkan mereka agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi perkara atau perlakuan yang melampaui batas adat, budaya dan larangan agama," tegas beliau.
Ibu bapa juga kata beliau, perlu sentiasa memeriksa dan memantau aktiviti anak-anak, terutama dalam penggunaan peranti dan alat telekomunikasi
"Paling penting, ibu bapa perlu tanamkan nilai-nilai dan sahsiah yang tinggi, terutama perasaan malu untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dari sudut moral dan agama, iaitu perbuatan yang boleh memalukan dan memudaratkan diri sendiri," tambahnya.
Pada masa sama, ibu bapa juga perlu meningkatkan tahap kawalan kendiri anak masing-masing agar mereka berupaya melindungi diri sendiri daripada menjadi sasaran pedofilia yang memanfaatkan kecanggihan teknologi komunikasi.
"Mereka (kanak-kanak) perlu faham apa yang menjadi ancaman kepada diri mereka dan bagaimana untuk mempertahankan dan melindungi diri," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024
Rta-rata mangsa memberitahu polis yang mereka mengenali pelaku melalui laman sosial. - Gambar hiasan
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Pantau Agenda Reformasi: NACS 2024-2028 - Strategi baharu perangi rasuah
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
[TERKINI] Speaker Dewan Negara Mutang Tagal masih dirawat di IJN
Pihak pejabat Yang Di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.
Niaga AWANI: Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian maklumat bantu kurangkan jurang kepakaran
Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian kepakaran dan maklumat daripada negara lain bagi mengurangkan jurang kepakaran dalam menanggani cabaran isu keselamatan bukan tradisional.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Rasuah makin menjadi-jadi, negara rugi ratusan bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Penganggur direman disyaki rogol pelajar 14 tahun
Seorang penganggur direman selama tujuh hari bermula Khamis selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.
Pelajar sekolah, rakan didakwa rogol remaja 14 tahun dikenali melalui WhatsApp
Seorang pelajar bersama rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp.
Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Zainur Rashid Zainuddin.
Remaja lelaki 16 tahun mengaku bersalah rogol pelajar Tingkatan Empat
Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun, dua tahun lalu.
Tidak mahu jadi destinasi seks bawah umur, Nepal nekad banteras pencabul
Dalam kes terbaru, seorang warga Amerika Syarikat berusia 48 tahun ditahan berikutan aduan yang diterima polis daripada mangsanya.